Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 23 Ogos 2020

Yusri Che Lah Terharu Lihat Kesungguhan Anak Buah Atasi UKM FC

Imej

Ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah mengakui beliau cukup terharu melihat kesungguhan yang ditampilkan anak buahnya dalam mencatatkan kemenangan selesa 5-1 menundukkan UKM FC pada aksi Liga Premier Malaysia 2020 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, petang semalam.
Lebih menarik untuk diperkatakan mengenai perlawanan yang memberikan kemenangan kedua buat Kelantan itu, pemain berusia 20 tahun, Muhamad Hakimi Abdullah mencuri tumpuan apabila berjaya meledakkan hatrik hasil jaringan pada minit ke-27, 53 dan 89.
Dua lagi jaringan Kelantan dihasilkan oleh pemain import kelahiran Nigeria, Felix Chidi Odili manakala Akanni Sunday Wassiu menjaringkan gol tunggal buat UKM FC.
Ia jelas merupakan satu kemenangan yang cukup manis buat skuad Kelantan berikutan dugaan dan cabaran besar yang dihadapi oleh pasukan tersebut dalam tempoh persediaan bagi menghadapi baki saingan pada musim ini.
Nyata segala masalah yang dihadapi tidak langsung merentap semangat juang tinggi anak didik Yusri untuk terus membawa cabaran Kelantan.
Yusri Che Lah
“Susah saya nak gambarkan perasaan sekarang ini,” ujar Yusri bercakap kepada wartawan selepas perlawanan.”
“Dalam kami menghadapi masalah, tengok daripada kesungguhan pemain, saya agak terharu dengan apa yang mereka tonjolkan.”
“Sesungguh Allah memang menyebelahi kerana keikhlasan dan kejujuran pemain-pemain saya dan kami bermula lambat daripada segala persiapan, jadi saya sekali lagi ingin berterima kasih kepada para pemain kerana berjuang menaikkan nama negeri ini,” tambah Yusri Che Lah lagi.
Kemenangan tersebut juga meletakkan Kelantan kini di tangga ketujuh saingan Liga Premier Malaysia 2020 selepas mengumpul empat mata walaupun mereka mencatatkan dua kemenangan, satu keputusan seri dan satu kekalahan.
Ia berikutan hukuman pemotongan tiga mata dikenakan terhadap Kelantan ekoran kegagalan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual yang ditetapkan sekaligus melanggar peraturan ditetapkan oleh badan pelesenan kelab (FIB) FAM.
Kredit fotoFacebook Kelantan FA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan