Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 23 Ogos 2020

Peluang Pulihkan Karier, Faizat Ghazli Perlu 'Simen' Posisi Sayap Menyerang Kedah

Imej

Walaupun hanya aksi pemanas badan menjelang penyambungan semula saingan Liga Super (MSL) 2020, aksi yang dipamerkan Faizat Ghazli tentunya melegakan Kedah.
Manakan tidak, beliau tiba lewat di Kedah sebagai pemain terakhir sebelum jendela perpindahan ditutup, namun beberapa hari kemudian liga tertangguh akibat pandemik COVID-19. Tiada satu aksi atau minit permainan yang berjaya diperolehinya.
Dua gol menentang Pulau Pinang
Faizat Ghazli bukanlah nama asing dalam arena bola sepak tempatan. Bekas pemain Harimau Muda ini tampil cemerlang di usia mudanya, namun pada satu ketika, beliau kelihatan seperti senyap seketika daripada pentas saingan liga tempatan.
Mungkin atas faktor saingan liga yang menggunakan kudrat penyerang import, perubahan posisinya ke bahagian sayap menyerang kanan kurang memberikannya kelebihan dan juga penampilan yang terhad. Mungkin, Kedah adalah jawapannya.
Highlight | Perlawanan Persahabatan Kedah vs Pulau Pinang
Highlight | Perlawanan Persahabatan Kedah vs Pulau Pinang berkesudahan Pulau Pinang menewaskan Kedah 3-2 dalam siri perlawanan ujian sebelum bermulanya CIMB Liga Super.
Posted by FA Kedah on Wednesday, 19 August 2020
Tampil bermain kali terakhir lebih setahun yang lalu ketika PKNS FC tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), Faizat Ghazli meledak dua gol ketika aksi persahabatan menentang Pulau Pinang. Namun, Kedah akhirnya tewas 3-2 kepada lawan.
Ia mungkin mampu melonjak keyakinan dan sentuhan pemain berusia 25 tahun itu dalam menggembalikan semula kariernya bersama Kedah dan nampaknya, Aidil Sharin tidak perlu menunggu lama untuk menurunkannya bermain.
Tunjuk peningkatan yang baik
Bercakap selepas perlawanan tersebut, Aidil Sharin mengakui ianya bukanlah tahap sebenar kemampuan skuad kendaliannya kerana beliau sedang mencuba sesuatu.
“Di sebalik kekalahan 2-3, saya dapati banyak perkara positif mengenai pasukan yang sedang dinilai. Seperti pasukan pamerkan semalam, kita telah mencuba kekuatan di beberapa posisi temasuk meletakkan beberapa pemain di posisi baharu,” jelasnya.
Beliau turut mengulas mengenai aksi bekas pemain PKNS FC dan Pulau Pinang itu, “Faizat Ghazli sebagai contohnya telah menunjukkan peningkatan yang baik sejak menyertai Kedah dan dua gol dijaringkannya adalah dalam perlawanan pertamanya.”
Faizat Ghazli menawarkan pilihan kepada Aidil Sharin untuk posisi sayap menyerang kanan yang sebelum ini dikuasai oleh dua pemain lebih berusia iaitu Zaquan Adha Abd Razak yang sudah menjengah ke usia 33 tahun dan Azamuddin Akil (35 tahun).
Penutup
Seperti yang pernah dilaporkan oleh Semuanya BOLA pada Mac lalu, Faizat Ghazli adalah ‘last card’ buat Aidil Sharin dalam mengukuhkan skuad kendaliannya itu.
Namun, masih awal untuk mengulas impak kemasukkannya. Begitupun, Kedah pastinya boleh menarik nafas lega, posisi tersebut sudah memiliki pilihan yang lebih dan ketiadaan Zaquan Adha mahupun Azamuddin Akil tidak akan memberi masalah.
KREDIT FEATURED IMAGE: ARENA HIJAUKUNING

Tiada ulasan:

Catat Ulasan