Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 24 Ogos 2020

Nik Akif tekad bantu TRW akhiri saingan kedudukan terbaik liga


Nik Akif Syahiran

PEMAIN Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat berazam membantu The Red Warriors (TRW) itu mengharungi baki saingan Liga Premier musim ini biarpun gergasi pantai timur itu dihimpit pelbagai masalah khasnya melibatkan isu tunggakan gaji.

Nik Akif Syahiran berkata, dia tidak mahu isu tunggakan gaji mengganggu tumpuannya sebaliknya bertekad membantu TRW mengakhiri saingan pada kedudukan terbaik.

“Secara keseluruhannya bagi saya tiada masalah kerana saya tidak mahu bawa isu luar ke dalam padang, saya sudah beritahu jurulatih bahawa ia tidak merisaukan saya.

“Tapi tipulah kalau perkara ini tidak memberi kesan tetapi kami sudah terbiasa dengan isu ini sejak tahun lalu lagi.

“Oleh itu, kini kami bermain demi masa depan kami sendiri. Kami buat untuk diri sendiri manalah tahu, tahun depan ada pasukan yang mahukan khidmat kami,” katanya.

Pada aksi liga di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kelmarin, TRW mengutip tiga mata apabila membelasah UKM FC 5-1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan