Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 26 Ogos 2020

Usah samakan peluang Safawi dengan Luqman Hakim

Portimonense SC mengikat Safawi Rasid selama semusim.
KUALA LUMPUR: Pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan penyokong bola sepak tempatan tidak menyamakan peluang yang diterima Safawi Rasid dan seorang lagi pemain muda, Luqman Hakim Shamsudin.
Tunku Ismail menjelaskan, tawaran yang diberikan oleh kelab dari Portugal, Portimonense SC itu dibuat selepas pasukan itu sendiri yang membuat pemantauan terhadap kemampuan penyerang itu sebelum menawarkan kontrak selama setahun.
"Ini lain. Club monitor pemain kami dan offer. Bukan guna atau suruh Crony Tun ambik pemain kami. Tolong jangan samakan.
"Tahniah kepada Terengganu developing Safawi to be a footballer. Tahniah kepada JDT developing Safawi to be a champion. Syabas," kata Tunku Ismail menerusi laman Instagram.
Tunku Ismail berkata demikian apabila membalas kenyataan pelayar Internet yang menyamakan Luqman yang bakal menyertai KV Kortrijk dengan Safawi yang akan ke Portugal.
Menerusi akaun ekorharimaumalaya, akaun terbabit memberikan komen 'hari itu Luqman Hakim, sekarang Safawi Rasid'
"Selangor memulakan langkah yang baik dan diikuti oleh kelab kelab lain yang lain. Satu perkembangan positif bola sepak tanah air. Player kita ada value."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan