Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 26 Ogos 2020

KFA bayar tunggakan gaji RM1.26 juta hujung minggu

Pemain skuad Lang Merah giat menjalani latihan di Alor Setar. Foto ihsan Kedah FA FB
ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengotakan janjinya apabila akan melunaskan bayaran tunggakan gaji pemain skuad Lang Merah berjumlah RM1.26 juta pada hujung minggu ini.
Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor yang mengesahkan perkembangan itu berkata bayaran berkenaan adalah termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Ada penaja yang sudah bersedia untuk bayar gaji mereka. Saya ikhtiar cari macam mana pun. Gaji ini tak kira lah bulan berapa, tapi yang penting mereka dapat gaji sebelum beraksi menentang PDRM pada saingan CIMB Liga Super, Sabtu ini di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) penajaan biasiswa dan pinjaman pendidikan antara Universiti Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah (UNISHAMS), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Yayasan Islam Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Pada 12 Ogos lalu, akhbar ini melaporkan KFA memberi jaminan isu tunggakan gaji yang dihadapi pemain sejak Mac lalu akan dapat diselesaikan pada musim ini.
Sebelum ini, KFA juga sudah menjelaskan bayaran gaji bagi bulan Julai selepas skuad Lang Merah tidak menerima sebarang tunggakan gaji sejak lebih lima bulan lalu.
Bagaimanapun tunggakan gaji bagi bulan Mac, April, Mei dan Jun, KFA masih belum menyatakan bila akan diselesaikan. Ia bergantung kepada rundingan bersama pemain pasukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan