Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 26 Ogos 2020

Zainal lega Melaka kembali berbisa


Pasukan Melaka United giat menjalani latihan di Stadium Hang Tuah bagi menghadapi aksi Liga Super. Foto ihsan MUSA FB

MELAKA: Peningkatan prestasi barisan hadapan pasukan Melaka terutama ketika merobek gawang lawan melegakan jurulatih, Zainal Abidin Hassan menjelang aksi berdepan Perak, Jumaat ini.
Dengan statistik lapan gol daripada tiga aksi persahabatan, jelas ia dianggap sebagai peningkatan yang memberangsangkan untuk mereka berdepan tujuh baki aksi liga, bermula menentang skuad Bos Gaurus.
Sehubungan itu, Zainal mengharapkan pemain mampu melakukan sentuhan lebih berbisa dalam perlawanan berkenaan walaupun aksi berlangsung di gelanggang lawan.
Baginya, keputusan tiga perlawanan itu juga motivasi yang baik untuk pemain mengambil kesempatan menampilkan karakter cemerlang. Beliau juga mengharapkan barisan pertahanan dan tengah juga mampu mengekalkan prestasi sama pada aksi di Ipoh kelak.
"Tekanan selepas ditolak tiga mata amat dirasai berikutan pasukan berada dalam zon bahaya tercicir daripada Liga Super musim depan.
"Apapun, disiplin tinggi diharap akan terus menjadi aset berharga buat pemain dalam semua baki saingan liga selepas ini," katanya.
Justeru, Zainal Abidin berkata baki latihan yang ada harus diguna sebaik mungkin oleh anak buahnya bagi memperkemaskan jentera pasukan terbabit walaupun kehilangan Naruphon Wild Putsorn pada Julai lalu.
Katanya, ketiadaan pemain terbabit tidak menjejaskan persiapan pasukan kerana beberapa pemain mampu mengambil alih tempat pertahanan tengah berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan