Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 26 Ogos 2020

Faris ada hajat besar bertemu Sabah Sabtu ini

Pemain import Terengganu FC, Faris Ramli (tengah) ceria selepas kembali memulakan latihan bersama pasukannya di Gong Badak, semalam. Foto Ghazali Kori
KUALA TERENGGANU: "Impian saya mahu hadiahkan tiga mata buat pasukan," Demikian reaksi pemain import Terengganu FC (TFC), Muhammad Faris Ramli yang hadir buat pertama menjalani sesi latihan bersama pasukannya di Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak, di sini, semalam.
Pemain kelahiran Singapura yang tamat tempoh kuarantin kelmarin berkata dia teruja dan tidak sabar untuk turun beraksi menentang Sabah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Sabtu ini selepas lebih lima bulan berehat berikutan COVID-19.
Pemain itu pulang ke Singapura sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu sebelum terkandas di negaranya berikutan larangan rentas negara.
"Saya gembira dapat bertemu kembali rakan sepasukan selepas sekian lama tidak bersua. Mereka pun sama turut rindu apatah lagi kali pertama dapat berlatih bersama selepas tamat tempoh kuarantin.
"Sudah pasti bertemu Sabah nanti saya mahu peragakan aksi terbaik buat pasukan, tidak kira sama ada menjaringkan gol ataupun melakukan hantaran, yang penting TFC berjaya meraih tiga mata di tempat sendiri.
"Namun pada masa sama saya turut mengharapkan rakan sepasukan termasuk saya sendiri tidak melakukan kesilapan mudah yang boleh mengundang padah," kata Faris.
Bercakap mengenai keserasiannya dengan rakan sepasukan, bekas pemain kelab Hougang United FC dalam Liga Singapura itu menjelaskan dia tidak berdepan masalah kerana sudah biasa dengan corak permainan mereka.
"Insya-Allah daripada segi keserasian tidak ada masalah, cuma saya harapkan dapat selesa dengan bola begitu juga dengan teknik dan strategi pasukan," katanya.
Selepas bertemu Sabah, skuad kendalian Nafuzi Zain yang turut dibantu Subri Sulong dan bekas kapten kebangsaan, Rosdi Talib bakal membuat perhitungan dengan Melaka di Stadium Hang Jebat pada 4 September.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan