Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 28 Ogos 2020

Setiap aksi ibarat final

Aksi Liga M Terengganu FC menentang PJ City FC minggu lalu. - NSTP/Asyraf Hamzah
KUALA LUMPUR: Persaingan Liga Malaysia (Liga M) yang kembali bersambung selepas lebih lima bulan berehat pasti menjanjikan persaingan paling sengit pada musim ini khususnya selepas perubahan format pertandingan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Pandemik COVID-19 menyaksikan saingan Liga M 'dipotong' separuh dan selepas empat perlawanan diharungi sebelum liga ditangguhkan pada pertengahan Mac, pasukan kini hanya ada tujuh perlawanan untuk memburu kejuaraan ataupun menyelamatkan musim mereka



Justeru, setiap perlawanan akan dianggap ibarat final buat setiap pasukan dan tiga mata yang menjadi rebutan akan menjadi lebih berharga daripada jongkong emas dengan keciciran walau satu mata sekalipun pasti memberi kesan kepada perjalanan setiap pasukan.
Bagi perlawanan minggu kelima, aksi blockbuster bakal disajikan apabila pertembungan dua gergasi bola sepak tempatan menjadi tumpuan selepas Pahang akan melayan kunjungan pendahulu liga, Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Darul Makmur, malam ini.
Sekalipun memimpin liga namun skuad Harimau Selatan belum boleh selesa apabila sekadar mendahului dua mata dan jika skuad Tok Gajah berjaya menafikan pelawat daripada mengutip mata penuh, kedudukan JDT tampak tidak begitu terjamin.
Pasukan di tangga kedua, Perak pula akan berdepan Melaka United di Stadium Perak dan anak buah Mehmet Durakovic itu perlu berwaspada dengan ancaman Melaka yang pasti turun dengan keazaman tinggi untuk 'menebus' tiga mata yang dipotong Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas kegagalan membabitkan isu tunggakan gaji.
Lain-lain aksi membabitkan FELDA United bertemu UiTM FC (malam ini) manakala aksi malam esok menampilkan Terengganu FC (TFC) menentang Sabah, PDRM melayan kunjungan Kedah sementara Selangor bertemu PJ City FC
Bagi aksi Liga Perdana, pendahulu, Terengganu FC (TFC) akan berkunjung ke Stadium Tuanku Abdul Rahman malam ini untuk bertemu Negeri Sembilan dan tuan rumah perlu mencari jawapan terbaik untuk menghentikan momentum TFCII yang setakat ini cemerlang meraih empat kemenangan bersih.
Kelantan United yang berada pada tangga kedua pula bakal berdepan cabaran Johor Darul Ta'zim II (JDTII) di tempat lawan dan kemenangan akan membantu mengukuhkan lagi sasaran mereka untuk layak secara merit ke Liga Super musim depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan