Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 30 Julai 2020

UK09 hulur sumbangan kepada Lang Merah


Mohd Ruzaini (tengah) menerima sumbangan daripada wakil UK09. - Foto ihsan UK09

ALOR SETAR: Menyedari keperitan dialami pemain Kedah akibat tunggakan gaji hampir lima bulan, Ultras Kedah 2009 (UK09) tampil menghulurkan bantuan berupa wang tunai sebanyak RM1,000.
Jurucakap UK09, Mohd Sayuti Ismail berkata pihaknya sedar akan bebanan kewangan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan kesukaran dihadapi pemain skuad Lang Merah sekali gus terpanggil untuk membantu.
"Walaupun jumlah sumbangan ini agak kecil, kami amat berharap ia sedikit sebanyak dapat membantu KFA. Wang ini adalah hasil jualan barangan cenderahati sempena sambutan ulang tahun ke-10 Ultras Kedah 2009." katanya.
Mohd Sayuti berkata dengan usaha gigih ahlinya dalam penjualan produk keluaran UK09, pihaknya yakin lebih banyak program amal dapat dilakukan selepas ini.
Sementara itu, Mohd Ruzaini Mohd Radzi mewakili KFA menerima sumbangan UK09 itu dan melahirkan penghargaan atas usaha mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan