Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 30 Julai 2020

Atur perlawanan, pemain Laos digantung seumur hidup



KUALA LUMPUR: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengesahkan seorang lagi pemain Laos digantung seumur hidup kerana mengatur perlawanan.
Thipphonexay Inthavongsa didapati bersalah atas 'konspirasi untuk memanipulasi' keputusan perlawanan persahabatan antara Hong Kong dan Laos pada Oktober 2017.
Panel disiplin AFC menggantung Inthavongsa daripada sebarang 'aktiviti membabitkan bola sepak untuk seumur hidup'.
Maklumat lanjut mengenai kesalahan itu tidak didedahkan tetapi keputusan itu dimaklumkan kepada Persekutuan Bolasepak Laos dan AFC akan meminta Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) supaya hukuman terbabit turut dikenakan di peringkat antarabangsa.
Isu mengatur perlawanan sememangnya menjadi masalah di Laos di mana pada Februari lalu, dua pemain kebangsaan mereka iaitu Khampheng Sayavutthi dan Lembo Saysana didapati bersalah atas kesalahan sama pada perlawanan sama dan dikenakan hukuman gantung seumur hidup.
Lao Toyota FC pada 2018 tidak dibenarkan beraksi pada Piala AFC kerana 'mengatur dan mempengaruhi' keputusan perlawanan pada kejohanan edisi 2015 dan 2016.
Menghuni ranking ke-188 daripada 210 negara dalam raking FIFA, Laos memiliki infrastruktur bola sepak yang terhad dan kekangan kewangan untuk pelaburan sukan.
- AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan