Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 30 Julai 2020

Malaysia LNG Pernah Muncul Selaku Penaja FC Tokyo, Tidak Ramai Peminat Bola Malaysia Tahu

FCT

Malaysia LNG Pernah Muncul Selaku Penaja FC Tokyo, Tidak Ramai Peminat Bola Malaysia Tahu

Kira-kira 7-8 tahun dahulu sebuah syarikat berkaitan O&G dari Malaysia pernah muncul sebagai penaja kelab tersohor J.League, FC Tokyo dan mungkin tidak ramai tahu mengenai perkara ini.
Kelab FC Tokyo yang penaja terbesar mereka adalah dari syarikat Tokyo Gas sejak hampir 10 tahun lalu, pernah meletakkan nama Malaysia LNG sebagai penaja utama jersi mereka dalam saingan AFC Champions League musim 2012.
Namun, kemunculan nama Malaysia LNG dibahagian depan jersi pasukan FC Tokyo itu hanya wujud ketika kelab itu beraksi dalam saingan kalah mati 16 pasukan terbaik dan bukannya bermula dari peringkat kumpulan.
Ec-k8fLUYAAgEwl

Musim berikutnya iaitu 2013, nama syarikat Malaysia LNG ini sekali lagi terpapar pada slot penaja FC Tokyo di stadium pasukan itu dan bukan lagi pada jersi. Tidak banyak gambar-gambar yang ada untuk tatapan peminat, tetapi hasil dari beberapa tinjauan di beberapa laman web penyokong FC Tokyo, kami berjaya mendapatkannya sebagai bukti.
Malaysia Gas

Berdasarkan beberapa artikel yang dikeluarkan oleh TheEdge serta laman web berkaitan ekonomi lain, dapat dilihat bahawa Tokyo Gas memiliki sejarah kerjasama yang amat rapat dengan syarikat berkaitan O&G di Malaysia yang kebanyakannya berada dibawah payung Petronas.
MLNG

Selepas musim 2013 itu, tiada lagi nama Malaysia LNG terpampang secara terang-terangan namun mungkin ada peranan dibelakang tabir. Sejak dari itu, boleh dikatakan tiada syarikat dari Malaysia yang pernah muncul sebagai penaja dalam saingan J.League sehingga kini.
Kemaskini: Ada maklumat memberitahu syarikat ini masih menaja FC Tokyo berdasarkan papan iklan dibelakang gol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan