Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 30 Julai 2020

Presiden MFL, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat khususnya Rakan Kongsi Liga, penaja-penaja serta penyokong bola sepak tempatan di mana jua berada.

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada Malaysian Football League (MFL)
Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat khususnya Rakan Kongsi Liga, penaja-penaja serta penyokong bola sepak tempatan di mana jua berada.
“Alhamdulillah di hari yang mulia ini kita, umat Islam di Malaysia masih dapat lagi menyambut Hari Raya korban dalam keadaan aman, sempurna dan penuh kegembiraan biarpun berdepan norma baharu dalam kehidupan seharian bagi memerangi penularan pandemik COVID-19.
“Namun cabaran ini tidak sesekali menghalang umat Islam untuk mematuhi segala perintah Allah S.W.T bagi kita menyempurnakan ibadah korban dengan melakukan penyembelihan seperti yang disunatkan dalam agama Islam.
“Apa yang pasti sambutan Aidiladha setiap tahun sentiasa mengingatkan kita tentang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Allah SWT menjadikan sejarah ini berlaku sebagai pedoman dan petunjuk bagi umat Islam untuk mengorbankan harta dan jiwa demi keimanan kepada Allah SWT.
“Firman Allah SWT bermaksud: "Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan dan dia pula mengikut agama Ibrahim yang lurus (yang tetap atas dasar tauhid) dan (kerana itulah) Allah menjadikan Ibrahim kesayangan-Nya." (Surah an-Nisa', ayat 125)
“Manusia yang berkorban mampu mewujudkan suasana yang aman serta bahagia di dalam sesebuah organisasi mahupun masyarakat. Sikap saling bantu-membantu sesama kita akan merapatkan lagi hubungan dan mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
“Di hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menyempurnakan tugas dan tanggungjawab kita sebagai umat Islam yang patuh kepada ajaran Allah SWT dengan merapatkan barisan dan mengikat hubungan silaturahim sesama kita,” kata Datuk Haji Hamidin.

Imej

Tiada ulasan:

Catat Ulasan