Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 30 Julai 2020

Piya menang jaringan 'chips' terbaik Piala AFC

Bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi. - NSTP/Fathil Asri

KUALA LUMPUR: Jaringan yang diledak bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi tujuh tahun lalu dipilih sebagai 'chips' terbaik dalam saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Sepakan lambung Mohd Badhri atau Piya yang menghasilkan jaringan ketika Kelantan membelasah kelab Vietnam, SHB Da Nang 5-0 pada peringkat kumpulan Piala AFC 2013 meraih 93 peratus undian keseluruhan yang berakhir hari ini.
Ia jauh meninggalkan pesaing lain dengan pemain Ceres Negros, Bienvenido Maranon dan bintang Myanmar yang pernah mewakili Yangon United, Kyaw Ko Ko eekadar meraih tiga peratus undian untuk berkongsi kedudukan kedua.
Bekas pemain Chonburi FC, Thiago Cunha dan Pak Myong-song pula berkongsi kedudukan ketiga, selepas masing-masing hanya meraih satu peratus undian.
Sebelum ini, penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rasid mengharumkan nama Malaysia apabila diundi sebagai pemenang gol lencongan terbaik sepanjang Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Penyerang PJ City yang pernah mewakili JDT, Safee Sali turut tersenarai dalam jaringan akrobatik terbaik Piala AFC, namun tewas kepada pemain Vietnam, Nguyen Van Quyet yang mendapat 51 peratus undian.
Bagaimanapun, rakyat Malaysia mempunyai tugas seterusnya untuk mengundi Izham Tarmizi Roslan selepas penjaga gol JDT itu tersenarai dalam lima aksi menyelamatkan gawang terbaik atau '5 of the Best: Saves'yang dikeluarkan AFC, hari ini.
Peminat bola sepak boleh membuat undian sehingga 6 Ogos ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan