Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 24 Julai 2020

Seorang pemain Kuching FA positif COVID-19


KUALA LUMPUR: Pasukan Liga Perdana, Kuching FA mengesahkan seorang pemainnya positif COVID-19.

Perkembangan itu diumumkan menerusi akaun Facebook rasmi pasukan berkenaan sebentar tadi.

Kenyataan terbabit memaklumkan pemain itu bertugas di Hospital Sentosa dan diklasifikasikan dari Kluster Hospital Sentosa.

"Pihak kami sentiasa menekankan kepada kepatuhan dengan setiap SOP (prosuder operasi standard) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam aktiviti latihan harian kami.

"Oleh itu, kesemua aktiviti latihan kami diberhentikan sementara waktu dan mengikuti panduan dan arahan dari pihak berkuasa demi keselamatan pemain-pemain dan masyarakat.

"Sama-sama kita doakan agar kesemua pemain dan staf kejurulatihan dijauhkan dari pandemik ini dan semoga pemain terbabit cepat sembuh," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan