Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 24 Julai 2020

'Patuhi SOP sepanjang saingan Liga M'

PEMAIN sayap Selangor, Khyril Muhymeen Zambri.

KUALA LUMPUR: Peningkatan kes COVID-19 yang direkodkan saban hari jelas menjadi kerisauan terbesar apabila situasi itu tampak boleh 'menghancurkan' perancangan dan persediaan untuk kembali meneruskan saingan Liga Malaysia (Liga M) pada 26 Ogos ini.

Justeru, pemain sayap Selangor, Khyril Muhymeen Zambri mengharapkan semua pihak dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan bagi membantu mengurangkan penyebaran COVID-19 sekali gus memastikan aksi Liga M dapat berlangsung dalam keadaan yang lancar.

Dalam masa sama, bekas pemain Kedah itu menyeru semua pihak supaya sentiasa mengutamakan tahap kesihatan dan peka dengan keadaan sekeliling agar tidak mementingkan diri yang mana ia boleh meningkatkan kes COVID-19 sekali gus menjejaskan sekali lagi perancangan yang sudah dilakukan.

"Saya rasa kita semua memang sudah cukup gembira apabila mendapat kebenaran untuk beraksi semula pada 26 Ogos ini. Tetapi peningkatan kes sejak akhir akhir ini memang merisaukan kita.

"Cuma, apa yang kita boleh harapkan adalah tiada lagi kes positif dalam masa terdekat. Ini kerana apa jua boleh berlaku yang boleh menjejaskan perancangan pasukan dan sudah tentu, kesihatan semua pihak menjadi keutamaan.

"Jurulatih pun sudah ada satu jadual yang cukup padat untuk kami semua. Jadi kalau kita semua tidak jaga kesihatan masing-masing dan ambil mudah dengan SOP ditetapkan, memang rugi sangat kerana kita ingin segala-galanya berjalan dengan lancar.

"Jadi, saya mohon kepada semua pihak untuk sama-sama patuh kepada perintah kerajaan, bantulah sesama sendiri untuk kita tengok balik aksi bola sepak dengan selamat selepas ini", katanya.

Sebagai rekod, Liga M yang ditangguhkan sejak 16 Mac lalu akan kembali bersambung pada 26 Ogos ini membabitkan saingan Liga Super dan Liga Perdana manakala saingan Piala Malaysia akan bermula pada 17 dan 18 Oktober.

Bagaimanapun, perlawanan tertunda iaitu aksi Liga Super yang menemukan PJ City FC dengan Terengganu FC (TFC) serta Liga Perdana antara UKM FC dan Kelantan akan berlangsung lebih awal iaitu pada 22 Ogos.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan