Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 31 Julai 2020

Pemain Kelantan sudah mula 'naik angin'


Ketua pasukan Kelantan, Farisham Ismail (kiri) dan pemain tengah Nik Akif Syahiran Nik Mat. - Foto Facebook

KUALA LUMPUR: Ketua pasukan Kelantan, Farisham Ismail dan pemain tengah Nik Akif Syahiran Nik Mat didakwa sudah mula 'naik angin' dengan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).
Walaupun tidak menyatakan mengenai punca sebenar di sebalik luahan mereka di media sosial, namun difahamkan ia membabitkan isu tunggakan gaji yang didakwa berlaku sejak Mac lalu.
Farisham menerusi akaun Instagram miliknya berkata kepimpinan yang baik akan melaksanakan segala kebajikan untuk pemain, bukan hanya berdiam diri dan melihat pemain menderita.
"Di mana tanggungjawab anda? Kami hanya menuntut hak kami. Jika tak mampu, lepaskan dan berkorbanlah. Selamat Hari Raya Korban," katanya di ruangan InstaStory, kelmarin.
Sementara itu, Nik Akif yang juga dilihat sudah tidak tahan dengan masalah yang dihadapi meminta 'seseorang' dalam KAFA meletak jawatan jika tidak mampu menunaikan tanggungjawab kepada pasukan.
Pemain muda berusia 21 tahun itu yang pernah dianggap sebagai antara aset masa depan bola sepak negara turut meluahkan perasaan tidak puas hatinya di Instagram.
"Jawatan yang diberikan adalah satu amanah dan tanggungjawab yang besar untuk dipikul, bukan hanya sekadar jawatan dan nama.
"Kalau tak ada nak pikul tanggungjawab, lebih baik undur diri. Kerana itu adalah lebih baik untuk diri kamu dan pasukan TRW khasnya.
"Jangan terlalu pentingkan diri sendiri, kerana kamu seorang, semua menjadi mangsa. Kasihanilah kami," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman ketika dihubungi BH Sukan enggan mengulas lanjut mengenai luahan kecewa dua pemain itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan