Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 31 Julai 2020

Pasukan, kelab boleh 'jatuh' ke Liga M3


LAPAN pasukan Liga Malaysia (Liga M) berdepan situasi 'bahaya' apabila kemungkinan boleh disingkirkan beraksi dalam saingan peringkat amatur atau lebih tepat Liga M3 sekiranya gagal menswastakan pasukan menjelang tarikh tutup pada 30 September ini.
Pasukan berkenaan adalah PDRM, Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Sabah, Pahang, UiTM FC dan UKM FC yang masih belum memulakan proses penswastaan.
Pengerusi Jawatankuasa Khas Bolasepak Profesional Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed berkata, kegagalan pasukan menyempurnakan pelaksanaan berkenaan menyebabkan mereka bakal diturunkan pangkat beraksi dalam liga amatur.
Katanya, mana-mana pasukan tidak kira yang beraksi di Liga Super mahupun Liga Perdana berisiko main di Liga M3 dan semua pasukan diingatkan supaya segera melaksanakan proses berkenaan.
Menurutnya, keputusan beraksi di Liga M3 adalah berdasarkan ketetapan dibuat sebelum ini di mana hanya pasukan yang melepasi syarat itu saja dibenarkan menyertai pertandingan peringkat AFC, Liga Super dan Liga Perdana musim depan.
"Perkara ini sudah dinyatakan dengan jelas sewaktu Bengkel Setiausaha Agung 2020 anjuran FAM yang berlangsung pada 17 Januari lalu yang mana ia dihadiri oleh barisan Setiausaha Agung dan wakil dari 20 ahli gabungan FAM.
"Ia turut dinyatakan juga dalam surat pekeliling mengenai pelan dan garis masa untuk proses penswastaan serta pemisahan kelab dari FA dan FC yang dihantar ke persatuan pada 21 Februari dan disusuli dua surat peringatan pada 15 Jun dan terbaharu pada 23 Julai lalu.
"Justeru FAM sekali lagi menggesa persatuan atau kelab yang belum selesai atau belum memulakan proses ini supaya dapat bertindak segera kerana jika gagal, sesebuah pasukan Liga Super itu bukan saja boleh jatuh ke Liga Perdana, malah akan turun terus ke Liga M3," katanya.
Jelas Firdaus lagi yang juga Exco FAM, setakat hari ini hanya lima persatuan yang sudah melengkapkan proses penswastaan dan pemisahan manakala terdapat lapan lagi pasukan yang sedang melengkapkan proses itu.
"Proses ini perlu dilakukan oleh kesemua 20 persatuan yang pasukannya beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana serta tambahan dua lagi ahli gabungan FAM yang tiada pasukan dalam kedua-dua liga utama iaitu ATM FA dan Perlis FA.
"Bagi persatuan, mereka perlu melengkapkan proses penswastaan dan juga pemisahan FA ke FC manakala bagi kelab, mereka perlu melengkapkan proses penswastaan sahaja.
"Untuk itu, dimaklumkan bahawa lima persatuan sudah berjaya melengkapkan proses penswastaan mereka termasuk pemisahan FA ke FC iaitu JDT, Sarawak, PJ City FC, ATM, Perlis dan terbaharu Negeri Sembilan.
"Sementara lapan lagi (baki daripada lapan yang belum dan empat yang sudah melakukan penswastaan) persatuan sedang dalam proses untuk melengkapkannya yang mana jika mereka mengikut garis masa yang ditetapkan, FAM yakin mereka akan dapat menyelesaikannya menjelang Ogos atau September ini," katanya.
Beliau turut menasihatkan pengurusan persatuan supaya segera menghubungi FAM jika mereka memerlukan bantuan atau bimbingan dalam melakukan proses penswastaan serta pemisahan FA ke FC ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan