Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 31 Julai 2020

Kedah tak akan senasib Perlis


Bekas jurulatih legenda Kedah, Azraai Khor Abdullah. - Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih legenda Kedah, Azraai Khor Abdullah percaya Kedah tidak akan menerima nasib sama seperti Perlis, sekalipun ketika ini sedang berdepan kemelut kewangan yang menyaksikan tunggakan gaji berlarutan selama lima bulan.
Justeru, beliau meletakkan sepenuh keyakinan kepada pengurusan baharu Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), diterajui Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor yang sedang berusaha keras untuk mencari jalan terbaik menyelesaikan isu terbabit.
Jelasnya, semua pihak perlu memberi ruang kepada pengurusan baharu KFA menyelesaikan masalah itu terutamanya selepas mengambil kira pelbagai situasi berlaku ketika ini seperti COVID-19 sudah pasti menuntut tumpuan penuh daripada kerajaan negeri.
"Saya yakin Kedah takkan jadi seperti Perlis. Bola sepak Kedah takkan jatuh sampai ke tahap itu sekali pun. Ini kerana negeri Kedah ini banyak sumber dan pelabur yang sekurang kurangnya boleh membantu bola sepak Kedah.
"Dahulu pun, Kedah ada berdepan masalah seperti ini tetapi pengurusan KFA ketika itu dapat juga selesaikan segala tunggakan. Jadi, berilah masa dan bertimbang rasa kepada pengurusan KFA untuk mencari jalan terbaik.
"Saya dengar pun KFA sedang berunding dengan beberapa penaja. Jadi kita tunggulah apa hasilnya. Saya percaya mereka akan selesaikan," katanya.
Terdahulu, pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustaffa memberi amaran tidak mustahil Kedah boleh 'bungkus' seperti Perlis selepas situasi parah yang melanda KFA susulan pemain pasukan itu tidak menerima bayaran gaji selama lima bulan.
Jelas Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam itu, 'bau-bau' Kedah untuk menerima nasib yang sama dengan jiran mereka, Perlis sudah mula menunjukkan potensi terutamanya selepas berdepan tunggakan gaji berbulan bulan lamanya.
"Dengan tunggakan gaji dan hutang sehingga RM10.6 juta itu, memang kita boleh anggap satu masalah yang besar. Tengok pula pada situasi sekarang dengan COVID-19, saya kira ini antara kekangan terbesar yang perlu dihadapi pengurusan baharu KFA untuk selesaikan.
"Jika terus berlanjutan tanpa ada sebarang penyelesaian, mungkin Kedah akan jadi seperti Perlis. Perlis pun bermula dengan masalah sama iaitu tunggakan gaji dan akhirnya menerima kesan digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sekali gus terkubur.
"Untuk itu, pengurusan KFA perlu mengambil serius perkara ini dan cuba mencari jalan penyelesaikan terbaik. Kalau tidak, nampak gayanya pemain Kedah perlu turun ke bendang pula selepas ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan