Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 31 Julai 2020

Luqman mampu sesuaikan diri di Belgium


Penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin diyakini tidak akan berdepan masalah menyesuaikan diri dengan budaya bola sepak Eropah apabila menyertai kelab dari Belgium, KV Kortrijk.
Situasi itu diakui rakan sepasukannya di Selangor II, Ahmad Zikri Mohd Khalili yang menyifatkan bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu memiliki keyakinan tinggi, sekali gus optimis pemain itu mampu mencetus impak apabila berkelana di bumi Eropah.
"Saya mengenalinya sudah lama iaitu sejak darjah enam lagi. Jadi saya percaya pada kemampuannya. Ketika di akademi lagi, dia sudah menunjukkan disiplin tinggi dan sikapnya selain keyakinannya yang ditunjukkan ketika dia beraksi.
"Dia pun sudah biasa dengan budaya di sana. Jadi sebab itulah saya yakin dia boleh menyesuaikan diri apabila ke sana nanti," katanya.
Sebelum ini, impian pemain kelahiran Kelantan itu untuk berkelana di luar negara menjadi kenyataan selepas memilih untuk menyertai KV Kortrijk yang beraksi dalam divisyen utama di Belgium.
Sebagai rekod, Luqman dinobatkan sebagai salah satu bakat terbesar negara oleh Goal Malaysia dalam senarai NxGn 2020.
Dia juga muncul sebagai penjaring terbanyak Kejuaraan Bawah 16 Tahun (B-16) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018 selain menjadi tonggak buat skuad Bawah 19 Tahun (B-19) pada Kejuaraan B-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2019.
Malah, dia juga ketika ini sedang mendahului undian bagi Anugerah Golden Boy yang dianjurkan media Itali, Tuttosport mengatasi beberapa pemain terkemuka dunia lain seperti Mason Greenwood, Erling Haaland, Callum Hudson Odoi dan Phil Foden.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan