Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 25 Julai 2020

Debaran terakhir Liga Perdana

Liga Perdana akhirnya sampai ke penghujung dalam musim paling lamanya esok dan masih banyak perlu dipertaruhkan di atas dan bawah liga. - Foto hiasan

LONDON: Liga Perdana akhirnya sampai ke penghujung dalam musim paling lamanya esok dan masih banyak perlu dipertaruhkan di atas dan bawah liga.

Manchester United dan Leicester masing-masing akan bertemu untuk mendapatkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan dengan Chelsea juga berharap akan memastikan tempat mereka dalam kelompok empat teratas.

Wolves dan Tottenham mengimpikan tempat ke Liga Europa.

Dan di bawah liga, hanya satu gol memisahkan Aston Villa daripada zon penyingkiran berbanding Watford di kedudukan tiga terbawah manakala Bournemouth juga ada peluang untuk keluar daripada penyingkiran.

Leicester terkeluar daripada kelompok empat teratas kali pertama sejak September selepas tiga kemenangan dalam 13 perlawanan sejak perintah berkurung.

Bagaimanapun kegagalan United dan Chelsea untuk menang awal pagi Khamis lalu membuka pintu buat skuad Brendan Rodgers menyelamatkan apa yang mereka usahakan awal musim ini dengan kemenangan di laman sendiri.

Leicester dilanda kecederaan James Maddison, Ben Chilwell dan Ricardo Pereira, tetapi ada seminggu untuk bersedia berbanding jadual padat United.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer kelihatan goyah sejak beberapa minggu ini selepas tewas 3-1 kepada Chelsea pada separuh akhir Piala FA dan seri 1-1 di laman sendiri berdepan West Ham.

United sudah menukar defisit lapan mata berbanding Leicester sejak bola sepak kembali namun Rodgers berharap Red Devils akan merasai lebih tekanan.

"Kami gembira jika berupaya melakukannya tetapi jika anda adalah kelab seperti Manchester United, atau satu daripada kelab super, meraka perlu berada dalam Liga Juara-Juara untuk banyak sebab," kata Rodgers.

Chelsea hanya perlu satu mata berdepan Wolves di laman sendiri untuk mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara tetapi jika skuad Frank Lampard tewas, keputusan seri sudah cukup buat Leicester dan United untuk berkedudukan empat teratas. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan