Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 25 Julai 2020

Rufino timba ilmu kewangan

Penyerang prolifik Selangor, Rufino Segovia. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Penyerang prolifik Selangor, Rufino Segovia bukan setakat menguatkan ototnya ketika mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malah turut 'mengasah' mindanya dalam cara yang sungguh mengejutkan.

Bekas penyerang Atletico Madrid itu mendedahkan dia sedang mempelajari kursus kewangan dan menyifatkan ia sebagai sebagai salah satu cara untuk memanfaatkan masanya ketika menghabiskan seharian di rumah susulan PKP.

"Saya sedang belajar kewangan dari Sepanyol dan saya buat kursus secara dalam talian. Saya menghabiskan sekitar satu atau dua jam pada setiap hari untuk melakukan sedikit ulang kaji.

"Ia bagi memastikan minda saya sentiasa cergas kerana sepanjang waktu COVID-19, setiap hari di rumah adalah sangat sukar. Dengan mempelajari sesuatu, setidak tidaknya ia membuatkan saya sibuk," katanya menerusi segmen 'Jom Lepak bersama Rufino Segovia' di laman Youtube Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Dalam masa sama, penyerang berusia 35 tahun ini mengakui sudah jatuh cinta akan Selangor sambil menyifatkan keterujaan penyokong bola sepak di negara ini setara dengan 'kegilaan' penyokong bola sepak di kampung halamannya di bumi Matador.

"Sudah tiga tahun saya di sini dan saya rasa inilah pasukan saya, inilah keluarga saya. Saya mahu habiskan karier di sini. Suasana di sini mirip dengan suasana di Sepanyol. Orang di sini begitu ramah dan keluarga juga menghabiskan banyak masa bersama seperti di sana.

"Selain itu, perkara yang paling sama adalah keterujaan penyokong yang begitu fanatik dengan bola sepak seperti mereka menyokong Real Madrid dan Atletico Madrid. Di sini, anda boleh jumpa Selangor, Johor dan Pahang.

"Bagi saya, ini adalah tiga perkara yang paling serupa dengan Sepanyol," katanya yang turut merindui telur dadar Sepanyol atau dipanggil 'tortilla de patata.'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan