Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 27 Julai 2020

Cadangan Universiti Sukan perlu kajian, bukti


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) bersedia meneliti penubuhan Universiti Sukan Malaysia sekiranya diberi peluang untuk merealisasikan perkara itu.

Timbalan Menteri, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, ketika ini Malaysia sudah mempunyai Institusi Latihan dan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) yang menjalankan program-program TVET yang turut menyokong industri sukan seperti terapi sukan dan permotoran sukan.

Kewujudan Institut Sukan Negara (ISN) yang menjadi pakar rujuk dalam sains dan perubatan sukan juga antara bukti kemampuan negara untuk mengorak lebih jauh dalam bidang pendidikan.

"Ketika ini kita ada menjalinkan kerjasama dengan hospital dan universiti yang menjalankan program sukan termasuk kajian saintifik terkini.

"Kita juga sudah tubuhkan Sekretariat Industri Sukan di peringkat KBS untuk menggiatkan pembinaan ekosistem yang lebih mapan dan mampan.

"Jadi saya percaya apa juga polisi yang diputuskan, KBS mampu untuk melaksanakannya," katanya.

Bagaimanapun beliau menegaskan, KBS akan bertindak berdasarkan kajian dan bukti sebelum sesuatu direalisasikan.

Beliau percaya perkara itu memerlukan penelitian yang teliti dan objektif sebelum sebarang pendapat dibuat.

"Jika ada keperluan yang tidak menolak untuk membawa perkara itu ke peringkat tertinggi. Perkara itu perlu dilihat kepada 'cost-benefit analysis' jika ia menunjukkan manfaatnya melebihi kos, maka kita boleh bawa ke peringkat lebih lanjut.

"Namun begitu, saya tekankan bahawa kita harus bertindak berdasarkan kajian dan bukti. Kita mahu pembikinan polisi berasaskan bukti (evidence-based policy making)," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan