Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 15 Ogos 2019

Tony Fernandes Tekad Jadikan Padang SNBJ Terbaik Di Asia


Isu kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sentiasa menjadi pertikaian sejak ianya dirasmikan pada 11 September 1996. Tidak keterlaluan jika dikatakan setiap kali perlawanan bola sepak – tempatan dan kejohanan antarabangsa – isu kualiti padang tidak pernah lengang mendapat perhatian pasukan bertanding, penyokong dan media massa.
Disebabkan keluhan tersebut, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Tan Sri Tony Fernandes memberi jaminan pihak beliau akan melakukan penambahbaikkan yang diperlukan demi memastikan kualiti padang di SNBJ menjadi yang terbaik di Asia.

Dipetik daripada laporan oleh BERNAMA, beliau bagaimanapun menegaskan padang di SNBJ pada hari ini tidaklah teruk seperti apa yang pernah berlaku sebelum ini.
Namun pemilik syarikat penerbangan tambang murah Air Asia itu berkata jaminan diberikan oleh beliau sendiri demi keselesaan skuad Harimau Malaya yang menjadikan SNBJ sebagai gelanggang rasmi pasukan itu dalam satu majlis yang berlangsung semalam.
Antara langkah yang boleh diambil demi memastikan kualiti padang terjaga ialah dengan merangsang pertumbuhan rumput di luar stadium untuk mendapatkan cahaya matahari dan kemudian memasang di dalam stadium beberapa hari sebelum perlawanan.
Langkah tersebut membolehkan stadium berkenaan digunakan untuk aktiviti bukan bola sepak tanpa menjejaskan kualiti padang.

“Kita berusaha menjadikannya semakin baik. Ini adalah proses berterusan dan kami akan bekerjasama dengan FAM untuk mempunyai sebuah padang yang disukai mereka. Ia mungkin mengambil masa setahun atau lebih.
“Sistem perparitan adalah baik tetapi cara stadium direkabentuk dan sistem pengalihan udara tidak banyak membantu,” ujar Tony.

Keadaan padang SNBJ selepas aksi final Piala Malaysia 2014. FOTO: Asyraf Hamzah
“Bahkan kita juga akan meminta pakar bukan sahaja dari negara Barat tetapi juga dari negara-negara seperti Thailand dan Singapura untuk membuat analisa bebas bagi tujuan penambahbaikan.
“Buat masa ini, kita akan mempunyai jurang masa yang lebih panjang antara sebarang aktiviti bagi memastikan kualiti padang,” katanya lagi dalam satu sidang media selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan PSM bagi menjadikan stadium berkenaan sebagai ‘ Rumah Harimau Malaya’.
Di bawah perjanjian tersebut, semua perlawanan tempat sendiri pasukan negara sepanjang kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 serta Piala Suzuki AFF 2020 berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata PSM juga telah diarahkan untuk menjadikan tempat duduk di SNBJ menggunakan sistem tempat duduk bernombor, bagi membolehkan penjualan tiket dalam talian dilaksanakan pada masa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan