Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 15 Ogos 2019

Gambar TMJ Bersama Lim Teong Kim Cetus Tanda Tanya


Kontrak Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim bakal berakhir 31 Oktober hadapan. Jurulatih berusia 55 tahun itu dilantik ke jawatan tersebut sejak Ogos 2013.
Ianya bukan rahsia lagi kontrak bekas jurulatih akademi Bayern Munich itu tidak akan diperbaharui – dengan beberapa calon pengganti dikatakan telah berada di dalam senarai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga Majlis Sukan Negara (MSN).

Antara yang dicanang bakal mengambil alih peranan Teong Kim di AMD adalah bekas jurulatih skuad remaja Paris Saint-Germain (PSG), Saad Ichalelene, dan bekas Pengarah NFDP di awal penubuhan, iaitu Lim Kim Chon – yang merupakan abang kandung kepada Teong Kim.
Kemanakah hala tuju Teong Kim selepas itu turut menimbulkan tanda tanya pemerhati dan peminat bola sepak tempatan.
Sebelum ini Teong Kim pernah membayangkan beliau akan membawa diri ke Munich setelah kontrak bersama AMD tamat 31 Oktober hadapan. Hasrat tersebut pernah disampaikan kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam pertemuan pada tahun lalu.

Namun demikian, satu perkongsian melalui rangkaian media sosial Johor Southern Tigers yang memaparkan gambar DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) – juga merupakan pemilik kelab bola sepak JDT – bersama Teong Kim semalam telah menimbulkan tanda tanya ramai.
Antara kenyataan yang ditulis melalui muat naik tersebut adalah:
“Kami berdua adalah mangsa kepada orang yang tidak tahu mengenai bola sepak.”
Tiga perkara yang dilihat sebagai persamaan diantara TMJ dan Teong Kim yang dinyatakan di dalam kenyataan tersebut adalah:
1. Kami selalu mengatakan perkara yang benar
2. Kami benar-benar sayangkan bola sepak
3. Kami tidak berdiplomasi, kami terlalu berterus-terang
Adakah Teong Kim akan menyertai JDT untuk membantu kelab bola sepak itu dalam aspek pembangunan selepas kontrak beliau bersama AMD tamat?

Sejak beberapa bulan lalu, nasib dan masa depan Teong Kim mula menjadi buah mulut pencinta bola sepak tempatan sehingga tercetusnya tanda pagar #SaveLTK.
Majoriti berpendapat Teong Kim wajar dikekalkan sebagai Pengarah Teknikal AMD, berdasarkan pencapaian terkini skuad muda negara di pertandingan peringkat umur.
Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang pengesahan daripada JDT, mahu pun TMJ atau Teong Kim sendiri mengenai khabar angin tersebut.
Apa yang jelas, Teong Kim bebas untuk menentukan sendiri hala tuju diri setelah kontrak beliau bersama AMD tamat pada penghujung Oktober nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan