Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 29 Ogos 2019

Peluang harimau kejutkan Jordan

VITAL BORKELMANS
VITAL BORKELMANS
KUALA LUMPUR 29 Ogos – Harimau Malaya berdepan peluang terbaik untuk melakar kejutan ke atas Jordan selepas pasukan No. 99 dunia itu terpaksa me­nurunkan barisan kedua dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.
Jordan yang tiba di Kuala Lumpur semalam tidak disertai lima tonggak yang beraksi di luar negara, selain empat bintang kelab gergasi negara itu, Al-Jazeera kerana tidak mendapat pelepasan serta berdepan isu kecederaan.
Antara pemain yang tiada dalam skuad kali ini adalah penjaga gol yang juga kapten, Amer Shafi, selain pemain tengah, Musa Al-Taamari dan Ahmed Samir serta penyerang, Baha Faisal.
“Ini adalah peluang untuk pemain muda Jordan membuktikan kemampuan mereka selepas beberapa pemain utama tidak dapat menyertai pasukan.
“Saya melihat Malaysia sebuah pasukan yang kuat dan tidak memandang mudah keupayaan lawan, tambahan ber­aksi di laman sendiri.
“Perlawanan ini harus digunakan sebaik mungkin menjelang pertemuan dengan Taiwan,” kata jurulatih Jordan, Vital Borkelmans dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Bekas jurulatih Belgium itu fokus dengan pemain sedia ada untuk membentuk skuad mantap bertemu Malaysia sebagai persediaan terbaik mereka untuk menghadapi aksi pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Taiwan, 5 September ini.
“Perlawanan ini harus digunakan sebaik mungkin untuk saya menilai barisan terbaik untuk diturunkan pada pertemuan dengan Taiwan nanti,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan