Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 25 Mac 2019

TM cari alasan batal kontrak - Kevin


Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia, Kevin Ramalingam. - Foto Owee Ah Chun

KUALA LUMPUR: Langkah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memfailkan saman ke atas bekas penaja rasminya, Telekom Malaysia (TM) adalah untuk mempertahankan kepentingan pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Justeru, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam tidak memahami rasional TM yang bertindak menggagalkan komitmen asal tajaan Liga M bagi 2019 meskipun perjanjian sudah ditandatangani bagi tempoh lapan tahun sejak Januari tahun lalu.
Katanya, syarikat telekomunikasi itu cuba mencari alasan untuk keluar dari kontrak selepas isu dalaman menyebabkan mereka tidak lagi mempunyai platform untuk memaparkan kandungan MFL. 
“Kerana pemberhentian unifi tv ini berlaku selepas dalam tempoh setahun dan kontrak masih berbaki tujuh tahun, mereka mencari sebarang alasan untuk keluar dari kontrak. Apa yang mereka tidak dedahkan adalah perkongsian TM dan MFL sebelum ini adalah dari beberapa aspek berbeza. 
“Tetapi ada sesetengah pihak yang cuba untuk menunjukkan seakan jumlah wang yang dilabur itu adalah sepenuhnya untuk siaran sahaja. Sebenarnya, bahagian itu lebih kurang separuh saja dari jumlah pelaburan yang dikontrakkan manakala selebihnya adalah bahagian lain seperti penajaan nama pertandingan dan sebagainya. 
“Jadi kos ‘kandungan’ seperti yang dipersembahkan oleh sesetengah pihak termasuk sebahagian pengurusan TM adalah tidak betul. Jumlah ini dibesarkan mungkin bagi mendapat sokongan pihak atasan untuk membesarkan keseluruhan kontrak tidak dibayar dan akhirnya perlu ditamatkan. 
“Dengan erti kata lain, TM seperti mahu kontrak ini terbatal untuk membolehkan mereka mengurangkan kos dan bukan atas apa-apa isu berkait dengan kontrak ini sebenarnya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Kevin berkata, tindakan TM untuk mengurangkan perbelanjaan juga disifatkan sebagai percubaan untuk berhenti daripada menyokong bola sepak tempatan sekali gus mengecewakan rakyat Malaysia.
“Banyak lagi perkara lain yang boleh dipotong yang tidak membuatkan jutaan rakyat terkesan. Sukar untuk kami fahami rasional bagaimana TM boleh buat keputusan ini. Perkara ini mustahil di kotak pemikiran kita tetapi saya rasa ini adalah cara mereka berfikir,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Kevin menyifatkan ia menjadi satu perkara normal kepada mana-mana pihak untuk membuat tuntutan balas selepas mereka disaman.
“Ini normal bila sesuatu pihak disaman. Pastinya, demi mempertahankan diri seseorang itu akan mencari jalan penyelesaian dengan mengatakan apa saja ketika ini. 
“Namun, jika kami di pihak yang salah sudah tentu mereka akan mengambil tindakan ketika kesalahan dilakukan dan bukan selepas disaman.
“Apapun saya pasti ketika ini mereka sedang merancang sesuatu alasan untuk salahkan MFL. Reaksi yang normal namun pastinya hanya kerana disaman oleh MFL dulu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan