Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 25 Mac 2019

Anda semangat kami - Safawi

PENYERANG Malaysia, Safawi Rasid melakukan percubaan ketika menentang

PENYERANG Malaysia, Safawi Rasid melakukan percubaan ketika menentang Laos dalam perlawanan Kumpulan J, kelayakan Kejuaraan AFC bawah 23 tahun di Stadium Shah Alam, malam tadi. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR 25 Mac - Kapten skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Safawi Rasid berkata, penyokong adalah sumber semangat Malaysia untuk menewaskan China dan menyeru mereka memenuhkan Stadium Shah Alam dalam aksi terakhir Kumpulan J, Kelayakan Kejuaraan AFC B-23 2020, esok.
Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu melihat aksi berdepan China ibarat perlawanan final dan sekiranya terdapat ‘bantuan’ untuk Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan akhir di Bangkok tahun depan, ia datang daripada penyokong.
Katanya, penyokong adalah salah satu daripada kelebihan dimiliki Malaysia sebagai tuan rumah sepanjang kempen kelayakan itu bermula, Jumaat lalu.
“Sejujurnya bagi saya kita ada banyak kelebihan...kita dapat beraksi di laman sendiri dengan sokongan penyokong sendiri.
“Perlawanan dengan China ini ibarat final, jadi saya dan kawan-kawan berharap kehadiran penuh penyokong ke stadium pada perlawanan itu,” katanya.
Dalam aksi menentang Laos semalam, Safawi menceriakan hampir 10,000 penyokong di Stadium Shah Alam selepas menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan percuma pada minit ke-81 untuk membantu Malaysia mencatat kemenangan 1-0.
Pada masa sama, dia menggesa rakan-rakan sepasukan bangkit untuk mengutip tiga mata penuh apabila berdepan skuad kendalian bekas pengurus Real Madrid dan Chelsea, Guus Hiddink itu nanti.
“Bagi saya dan rakan-rakan sepasukan kami akui ia (aksi menentang Laos) satu persembahan yang tidak memuaskan. Jadi berdepan China nanti, kami akan bangkit dan bermain dengan lebih baik daripada hari ini (Ahad) dan layak ke pusingan akhir,” katanya lagi.
Sebagai rekod, China mengatasi Malaysia 2-1 dalam aksi persahabatan sebelum menghadapi Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, Ogos tahun lepas yang menjadi pertemuan terakhir kedua-dua pasukan.
Kemenangan ke atas China esok akan memastikan Malaysia mara ke pusingan akhir secara automatik dan dijangka berdepan peluang tipis mengesahkan slot jika gagal menundukkan China. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan