Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 25 Mac 2019

Tan Cheng Hoe Tolak Pemain Naturalisasi Yang Jenis Besar Kepala


Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyokong usaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mendapatkan seorang lagi pemain naturalisasi yang baharu selepas Mohamadou Sumareh bagi meningkatkan kualiti pasukan kebangsaan.

Bagaimanapun, beliau berharap pemain naturalisasi yang dipilih nanti mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan tidak besar kepala serta tahu corak permainan bola sepak tempatan.
“Saya mahu memastikan pemain naturalisasi memiliki sikap yang profesional dan berdisiplin kerana mereka adalah contoh kepada pemain-pemain tempatan,” katanya dalam Stadium Astro.

Tan Cheng Hoe bersama pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh. FOTO: FAM
Beliau juga menegaskan kemasukan pemain naturalisasi adalah untuk perancangan jangka masa pendek sementara menunggu kelahiran bakat tempatan yang berkualiti.

“Kita masih ada ramai pemain berbakat untuk masa depan dan paling penting kita perlu percayakan bakat yang mereka ada. Untuk jangka masa pendek, kemungkinan kita ambil pemain naturalisasi.
“Memang kalau (ada) naturalisasi, ia boleh membantu pasukan tetapi pemain itu perlu serasi dengan pasukan dan tunjukkan sikap yang baik kepada pemain lain. Mereka perlu jadi contoh kepada pemain lain terutamanya pemain muda.
“Terpulanglah kepada FAM. Tetapi untuk jangka masa panjang, kita perlukan pemain kita sendiri (tempatan),” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian. 
Minggu lepas, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Mohd Amin mengesahkan satu kertas kerja mengenai program naturalisasi pemain untuk skuad kebangsaan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Exco yang berlangsung pada 30 Mac ini di Pulau Pinang.
Program naturalisasi tersebut memerlukan penglibatan pihak kerajaan, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Ketika ini, skuad Harimau Malaya diperkuatkan oleh seorang pemain naturalisasi kelahiran Gambia iaitu Mohamadou Sumareh yang membantu negara mara ke final Piala AFF Suzuki 2018.
Difahamkan perancangan untuk mengambil satu atau dua lagi pemain naturalisasi adalah untuk membantu pasukan kebangsaan menghadapi saingan kelayakan Piala Dunia pada tahun ini dan mencapai sasaran layak ke Piala Asia 2023.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan