Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 25 Mac 2019

Kelayakan AFC B-23: Guus Hiddink Anggap Malaysia Lawan Yang Sukar


Jurulatih skuad bawah 23 tahun China, Guus Hiddink, mengakui mereka akan berdepan ujian yang sebenar apabila dijadualkan bertemu Malaysia untuk aksi ketiga kempen kelayakan AFC B-23 di Stadium Shah Alam esok.
Skuad China berada di kelas tersendiri selepas meraih 2 kemenangan besar 5-0 dan 8-0 ke atas Laos dan Filipina sekali gus mencerahkan peluang untuk beraksi di pusingan akhir AFC B-23 di Thailand tahun depan.
Manakala skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee memilih jalan yang sukar kerana perlu menang ke atas China untuk menghidupkan peluang memburu slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Hal ini kerana slot kedudukan tempat kedua terbaik belum terjamin milik negara kerana Australia, Myanmar, Iran dan Syria berada dalam kedudukan 4 teratas selepas Malaysia gagal mencatat kemenangan besar ke atas Laos.
Justeru itu, Hiddink menjangkakan perlawanan esok bakal memberikan cabaran buat skuad bimbingannya dan beliau tidak sabar untuk beradu kekuatan taktikal dengan Ong Kim Swee.
“Saya telah menonton perlawanan Malaysia dan saya akui mereka merupakan pasukan yang berkualiti ketika menyerang. Mereka dibarisi pemain yang mempunyai kemahiran tinggi dan satu cabaran yang baik buat pasukan,” kata Hiddink dalam The Star Online.

“Saya tahu mereka telah menewaskan beberapa pasukan gergasi seperti Arab Saudi dan Korea Selatan, ia akan menjadi ujian yang terbaik untuk anak buah saya,” ujarnya.
FOTO: FAM
Ketika ditanya mengenai siapakah pemain Malaysia yang menjadi ancaman terbesar China, Hiddink telah mengenalpasti pemain di bahagian serangan tetapi tidak mampu menyebut namanya.
“Pemain Malaysia mampu memberi masalah kepada kami. Saya tidak dapat menyebut namanya kerana sebutan dalam bahasa anda susah. Saya akan pecahkan lidah saya,” katanya dalam nada jenaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan