Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 18 Mac 2019

Piala AIRMARINE: Tan Cheng Hoe Resah Beberapa Pemain Dilanda Kecederaan


Menjelang Kejohanan Piala Airmarine 2019 yang akan bermula pada 20 dan 23 Mac ini, kem skuad Harimau Malaya berdepan sedikit kebimbangan apabila beberapa pemain mengalami kecederaan dan mengadu tidak sihat sehingga tidak dapat menjalani sesi latihan seperti biasa.
Pengendali skuad itu, Tan Cheng Hoe mengesahkan pemain pertahanan PKNS FC, Nicholas Swirad dan pemain tengah Perak, Kenny Pallraj dilanda kecederaan ketika menjalani sesi latihan pada hari keempat.
“Swirad dan Kenny tidak mengikuti sesi latihan hari ini ekoran kecederaan.
“Saya berharap mereka akan pulih segera untuk tampil beraksi berdepan Singapura,” katanya dalam Stadium Astro.
Nick Swirad menjalani latihan dengan rakan sepasukan pada hari pertama. FOTO: FAM
Selain itu, dua tonggak Pahang, Norshahrul Idlan Talaha mengalami demam panas manakala Mohamadou Sumareh tidak dapat menjalani latihan selepas disahkan sakit perut akibat keracunan makanan.
“Jika mereka tidak dapat menyertai pasukan kali ini, maka kami akan memberikan peluang yang sama kepada mana-mana pemain lain untuk membarisi skuad negara.”
“Matyo perlu segera sembuh. Saya yakin Matyo akan bersedia untuk diturunkan Rabu ini.
“Dia hanya demam dan selepas diberikan rehat yang secukupnya, dia pasti dapat memulihkan tenaganya. Kami memerlukan Matyo kerana dia mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa dan mampu membantu pasukan,” katanya.
FOTO: FAM
Mengenai peluang pemain tersebut untuk diturunkan, Cheng Hoe akan mendapatkan pandangan doktor mengenai kecederaan mereka terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
“Swirad berkemungkinan besar tidak dapat diturunkan memandangkan dia belum pernah menjalani latihan penuh bersama kami.
“Kenny pula berpotensi untuk diturunkan kerana sudah hampir pulih,” tambahnya.
Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe akan bertemu Singapura pada hari Rabu, 20 Mac 2019, jam 8.45 malam manakala Oman akan menentang Afghanistan pada pukul 4.30 petang.
Pemenang akan bertemu pada aksi final pada hari Sabtu, 23 Mac 2019, jam 8.45 malam dan dua pasukan yang tewas pula bakal beraksi pada perlawanan merebut tempat ketiga dan keempat, pada pukul 4.30 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan