PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui ketiadaan Ultras Malaya amat dirasai pada kejohanan bola sepak Piala Airmarine 2019 yang menyaksikan skuad Harimau Malaya tewas 0-1 kepada Singapura.
Beliau yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan itu malam tadi, berkata semangat yang dibawa Ultras Malaya tiada tandingnya dalam menaikkan semangat pemain skuad negara.
"Paling jelas, ketidakhadiran Ultras Malaya sangat dirasai kerana semangat yang mereka bawa ke stadium itu tiada tandingannya," kata beliau kepada pemberita selepas majlis pra pelancaran dan pengumuman laluan Le Tour de Langkawi 2019 (LTdL2019) di sini hari ini.
Ultras Malaya memboikot aksi Piala Airmarine 2019 susulan harga tiket didakwa mahal sebanyak RM35 sedangkan setiap aksi persahabatan antarabangsa kelas 'A' sebelum ini hanya RM20.
Syed Saddiq seterusnya menyeru agar penyokong tempatan khususnya peminat bola sepak dan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe mengetepikan konflik yang timbul antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Ultras Malaya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan