Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 21 Mac 2019

'Bila nak bayar wang kami?'



“MANA hak kami? Bila lagi nak bayar pitis (wang) kami? Jangan buat kami derita. Kesabaran ada hadnya,” kata bekas pemain Terengganu City FC (TCFC), Khairul Ramadhan Zauwawi.
Bekas pemain terbaik final Piala FAM 2018 itu mewakili rakan skuad The Sharks meluahkan isi hatinya berikutan kesal dengan janji FAM sehingga kini belum membayar tunggakan gaji mereka.
"Sudah lebih dua minggu janji tidak ditepati, kami bagaikan hilang sabar. Rakan-rakan lain sudah mendapat habuan selama dua bulan gaji pada awal Mac lalu.
“Alhamdulillah dan terima kasih Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tapi biarlah semua pemain musim lalu mendapatnya.
“Sebahagian bekas pemain TCFC bagai menunggu buah tidak gugur walaupun FAM memaklumkan wang dimasukkan ke akaun pemain pada 7 Mac lalu,” katanya.
Khairul berkata: “Setiap hari kami ke mesin ATM menyemak akaun tetapi pulang hampa selepas berbaris panjang”.
Anak jati Terengganu itu kesal kerana dia masih belum merasai wang kemenangan selepas muncul juara Liga FAM musim lalu.
"Kami nak tanya FAM berapa lama lagi harus kami menunggu? Sebagai badan induk bola sepak negara bagilah tarikh agar kami tidak terus menunggu kerana FAM berjanji sebelum ini.
"Apabila FAM senyap tanpa berita dan makluman, kami bimbang terus menjadi mangsa.
"Kami merayu FAM melunaskan segera duit kemenangan kepada sebahagian pemain kerana amat memerlukannya," ujar Ramadhan.
Bekas rakan sekelab, Muslim Yusof juga belum menerima sebarang bayaran tunggakan gaji atau wang kemenangan.
"FAM memberitahu wang sudah dimasukkan tetapi hanya sebahagian pemain dapat.
“Saya diberitahu perlu membuat buat aduan kepada FAM. Bagaimanapun, kami belum mendapat apa dijanjikan," kata Muslim.
Difahamkan hanya 10 bekas pemain TCFC dengan enam barisan kejurulatihan dan pegawai menerima bayaran pada 9 Mac lalu manakala selebihnya iaitu 20 bekas pemain skuad masih menanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan