Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 21 Mac 2019

Kim Swee sasar Filipina, Laos


KETUA jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun, Datuk Ong Kim Swee. - Foto Bernama

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun, Datuk Ong Kim Swee mengimpikan mata maksimum mampu dicuri daripada dua pasukan Asia Tenggara, Filipina dan Laos dalam dua pertemuan awal Kumpulan J kelayakan Kejuaraan AFC.
Selain misi mengubat duka penyokong tempatan selepas skuad senior tewas 0-1 kepada Singapura dalam saingan Piala Airmarine semalam, Kim Swee mengharapkan pemain yang terpilih mampu memulakan saingan dengan kemenangan menentang Filipina di Stadium Shah Alam, malam esok.
"Ia satu kekecewaan (kekalahan Harimau Malaya). Kami pula sudah lakukan persiapan dan hari demi hari pemain semakin baik. Tetapi kami tidak boleh ambil mudah kerana kita tahu Filipina dan Laos ada peningkatan.
"Sudah pasti China adalah pasukan pilihan tetapi kami perlu hadapi saingan ini satu demi satu perlawanan. Namun tiada guna untuk kami fikirkan tentang China dan sekarang kami perlu dapatkan mata maksimum dalam dua perlawanan awal," katanya pada sidang media praperlawanan, hari ini.
Pada edisi tahun lalu di China, skuad negara mencipta kejutan mara ke peringkat suku akhir sebelum tewas 1-2 kepada Korea Selatan.
Juara setiap kumpulan layak automatik ke pusingan akhir yang bakal dilangsungkan di Bangkok, Thailand dan lima lagi naib juara terbaik bakal melengkapkan 16 pasukan bertanding.
Ketika China dilihat sebagai pilihan untuk menjuarai saingan kumpulan, Kim Swee tidak terlalu memikirkan soal jaringan besar untuk memburu slot lima naib juara terbaik.
"Apa yang penting sekarang kita cuba dapatkan kemenangan. Sudah tentu jumlah jaringan turut memainkan peranan tetapi yang mustahak sekarang kita perlu dapatkan tiga mata.
"Penyokong akan hadir dan kita begitu memerlukan sokongan mereka kerana ia boleh menaikkan motivasi pemain," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan