Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 21 Mac 2019

'Orang Besi' tegur Harimau Malaya


KUALA LUMPUR 21 Mac - Penyokong mengkritik taktik jurulatih, terutama selepas pasukan mereka kalah adalah perkara biasa.
Begitupun malam tadi, bintang penyerang Pahang, Dickson Nwakaeme turut menegur keputusan Ketua Jurulatih Harimau Malaysia, Tan Cheng Hoe selepas pasukannya kalah 0-1 kepada Singapura dalam Piala Air Marine.
Terkenal dengan julukan 'Orang Besi', penyerang kelahiran Nigeria itu memberi teguran tersebut menerusi komen balasnya dalam Instragram comrademalaya.my.
Comrademalaya.my sebelum itu memuatnaik gambar penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) Ahmad Hazwan Bakri dibawa masuk menggantikan pemain sayap Selangor, Syazwan Zainon.
Apa yang mencuri perhatian, bersama gambar tersebut disertakan hantaran: "Mengapa Hazwan Bakri yang dimasukkan bukan Faiz Nasir atau Hadin Azman?. Inilah pertikaian daripada peminat-peminat bola sepak Malaysia".
Nwakaeme kemudian membalas: "Amat bersetuju Faiz Nasir berada dalam prestasi terbaiknya. Pemilihan sepatutnya berdasarkan kepada prestasi bukan nama. Ini hanya pandangan saya".
Pemain berusia 32 tahun itu memang dikenali sebagai peminat bola sepak Malaysia, malah dia turut dilihat berada di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi untuk memberi sokongan kepada Harimau Malaya.
Gol tunggal pemain sayap lincah, Faris Ramli pada minit ke-82 cukup untuk menghukum Malaysia.
Kekalahan itu cukup mengecewakan pemain  yang terdahulu turut beraksi dalam keadaan agak sunyi apabila hanya 3,000 hingga 4,000 peminat hadir ke stadium yang mampu menampung 90,000 penonton.
Malaysia kini akan menentang Afghanistan dalam penentuan tempat ketiga, Sabtu ini manakala Singapura bertemu Oman untuk merebut kejuaraan. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan