Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 21 Mac 2019

Ketiadaan Ultras dirasai


KEHILANGAN Ultras Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dirasai ketika Harimau Malaysia tumbang 0-1 kepada Singapura malam tadi.
Hakikat itu diakui Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang hadir sendiri ke SNBJ bagi menyaksikan perlawanan Piala Airmarine 2019 itu.
“Paling jelas ketiadaan Ultras Malaya memang dirasai...mereka dirindui kerana semangat yang dibawa ke stadium tiada tandingan,” jelasnya.
Aksi Piala Airmarine 2019 diboikot Ultras Malaya Harimau Malaya susulan harga tiket yang didakwa mahal iaitu RM35 sedangkan setiap aksi persahabatan antarabangsa kelas ‘A’ sebelum ini hanyalah berharga RM20.

“Saya tetap turun bagi memberikan sokongan...meletakkan ketepi konflik antara persatuan dan Ultras Malaya.
“Walau apa terjadi, beri mereka (Harimau Malaya) sokongan,” katanya.
Malaysia tewas menerusi jaringan tunggal pemain lincah Singapura, Faris Ramli di penghujung perlawanan.
“Dari segi corak permainan mereka boleh melakukan dengan lebih baik, saya yakin mereka mampu dan faham kejohanan B-23 turut berlangsung,” katanya.
Malaysia akan turun dalam penentuan tempat ketiga Piala Airmarine menentang Afghanistan pada Sabtu ini manakala penentuan juara antara Oman menentang Singapura.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan