Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 21 Mac 2019

FAM Umum 23 Pemain Terbaik Bawa Cabaran Negara Di Kelayakan AFC B-23


Pengendali skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Datuk Ong Kim Swee telah memuktamadkan senarai 23 pemain yang akan membawa cabaran negara di Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020 Thailand.

Daripada 27 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat bermula pada 10 Mac lalu, 4 pemain telah digugurkan iaitu Kogileswaran Raj (Pahang), Nazirul Afif Ibrahim (Perak), Ariff Ar-Rasyid Ariffin (PKNS FC) dan Ariusdius Jais (Sabah).
17 pemain dalam skuad 23 pemain terbaik turut beraksi pada Kejuaraan B-22 AFF 2019 di Phnom Penh, Kemboja, bulan lalu termasuk penyerang kelab Fagiano Okayama, Hadi Fayyadh.
Kim Swee turut menyenaraikan empat pemain yang beraksi bersama skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe pada Piala Suzuki AFF 2018 iaitu Syamer Kutty Abba, Akhyar Abdul Rashid, Safawi Rasid dan Syahmi Safari, serta dua lagi pemain baharu iaitu Danial Amir Norhisham dan Faisal Abdul Halim.
FOTO: FAM
Malaysia yang diundi dalam kumpulan J akan bermula dengan aksi bertemu Filipina pada 22 Mac (Jumaat), diikuti aksi menentang Laos pada 24 Mac (Ahad) dan China pada 26 Mac (Selasa), ketiga-tiga perlawanan ini berlangsung di Stadium Shah Alam, jam 8.45 malam.
Hanya juara setiap kumpulan bagi saingan kelayakan ini (11 pasukan) akan layak secara automatik ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2020 bersama tuan rumah, Thailand manakala hanya empat/lima pasukan tempat kedua terbaik akan turut layak bagi melengkapkan senarai 16 pasukan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menetapkan sasaran untuk layak ke peringkat akhir di Thailand dimana ia menawarkan slot ke sukan olimpik Tokyo 2020.

Senarai 23 Pemain Malaysia B-23

Penjaga Gol
1. Haziq Naqli
2. Damien Lim
3. Azri Ghani
Pertahanan
1. Dominic Tan
2. Amirul Ashraf
3. Evan Wensley
4. Shahrul Nizam
5. Hariz Kamaruddin
6. R. Dinesh
7. Syahmi Safari
Tengah
1. Nik Akif Syahiran
2. Daniel Amier
3. Syamer Kutty
4. Danial Hakim
5. K. Thivandaran
6. Ahmad Tasnim
7. Faisal Halim
8. Akhyar Rashid
Penyerang
1. Safawi Rasid
2. Izzan Syahmi
3. Nik Azli
4. Hadi Fayyadh
5. Jafri Chew

Tiada ulasan:

Catat Ulasan