Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 21 Mac 2019

Ong Kim Swee: “Tak Guna Kalau Penyokong Penuhi Stadium Tetapi Aksi Longlai”


Pengendali skuad B-23 Malaysia, Datuk Ong Kim Swee menganggap kemenangan dalam 2 perlawanan pertama adalah sangat penting.
Ong Kim Swee juga merasakan, kelebihan bermain di halaman sendiri sepatutnya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Harimau Muda.
Malaysia akan memulakan kempen kelayakan Piala Asia – bagi Kumpulan J – pada Jumaat ini dengan menentang Filipina. Ini diikuti aksi menentang Laos pada Ahad, dan China dalam aksi terakhir kumpulan J.
Juara setiap kumpulan akan layak secara automatik. 4 lagi slot adalah untuk pasukan naib juara terbaik. 1 lagi slot pastinya untuk tuan rumah – Thailand.
Ditanya sama ada beliau mahu para penyokong hadir membanjiri stadium untuk memberikan sokongan, Ong Kim Swee berkata: “Semua kita tahu kehadiran penyokong akan memberikan motivasi kepada pemain. Penyokong ada peranan yang penting.”

“Namun, para pemain sendiri harus memanfaatkan kesempatan yang ada kerana kita bermain di tempat sendiri, padang sendiri – yang para pemain sudah biasa.”
Gambar: Football Tribe
Beliau menyeru para pemain untuk fokus kepada setiap perlawanan. Apa gunanya para penyokong hadir sekiranya para pemain memberikan persembahan yang menghampakan di atas padang.
“Jika penyokong hadir memenuhi stadium sekalipun, tidak ada gunanya sekiranya para pemain tidak fokus 100%.”
“Tidak kira siapa lawan kita sama ada Filipina, Laos mahu pun China, kita perlu capai matlamat.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan