Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 20 Mac 2019

Oman layak final Piala Airmarine


OMAN memastikan kemaraan ke final Piala Airmarine apabila mudah meratah Afghanistan 5-0 pada aksi pembukaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.
Reputasi Oman yang menduduki tangga ke-90 ranking FIFA dan mara ke pusingan kedua Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Januari lalu, nyata meletakkan skuad kendalian Erwin Koeman dalam kelas tersendiri berbanding lawan yang hanya mampu bertahan sepanjang perlawanan.
Mengekalkan sebilangan besar skuad Piala Asia, Oman tidak menunggu lama untuk merobek gawang Afghanistan yang mengisi ranking ke-147 dunia menerusi Ahmed Kano pada minit ke-10 sebelum Raed Ibrahim Saleh (m-26), Mohamed Al Balushi (m-45), Abdulaziz Al Muqbali (m-49) dan Mohsin Al Khalidi (m-90) melengkapkan kemenangan besar itu.
Koeman mengakui berpuas hati dengan persembahan anak buahnya dan berharap persembahan itu ditingkatkan lagi pada perlawanan akhir Sabtu ini.
“Pemain menunjukkan aksi berkualiti seawal minit pertama dengan melakukan asakan bertali arus ke kubu lawan.
“Beberapa peluang keemasan kami berjaya disudahkan khususnya pada babak pertama. Motivasi pemain turut positif untuk kekal menyerang pada separuh masa kedua dan ia sikap yang cukup positif.
“Apa yang pasti, keputusan ini memberi kelegaan besar dan saya harap momentum ini dapat diteruskan pada perlawanan kedua Sabtu ini,” katanya yang mengambil alih pasukan bulan lalu bagi menggantikan warga senegaranya Pim Verbeek yang bersara selepas Piala Asia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan