Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 20 Mac 2019

Stadium lengang weh!!!


SURAM dan lengang! Itu gambaran yang berlaku pada aksi sulung skuad Harimau Malaya menentang Singapura bagi saingan Piala Airmarine di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Suasana itu nyata berbeza dengan aksi peringkat kumpulan Piala AFF dan perlawanan persahabatan di Bukit Jalil sepanjang tahun lalu.
Setakat jam 8.30 malam, tempat duduk stadium masih belum dipenuhi dan banyak kekosongan dan ia jelas memberi tamparan hebat kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan ProEvents selaku penganjur.
Berdasarkan pengalaman lalu, separuh tempat duduk penonton sudah dibanjiri penyokong Harimau Malaya namun agak menghairankan apabila suasana sama tidak dapat disaksikan kali ini.


KEMPEN boikot Ultras Malaya menjadi kali ini. — FOTO Asyraf Hamzah
Tidak keterlaluan dikatakan perlawanan ini cukup jauh ‘standard’ untuk dilabel sebagai aksi antarabangsa berbanding aksi Liga Malaysia yang sebenarnya jauh lebih meriah.
Mungkin kempen boikot yang dilancarkan oleh Ultras Malaya dua hari sebelum ini memberi kesan besar kepada kehadiran penyokong ke stadium.
Bagaimanapun, di sebalik situasi suram, kehadiran ahli keluarga dan kenalan terdekat pemain kedua-dua pasukan sedikit sebanyak menaikkan motivasi pemain yang mungkin tidak menyangka situasi itu.
Sebelum ini, disebabkan tiket perlawanan Piala Airmarine yang berharga RM35 dikatakan mahal, Ultras Malaya membuat keputusan untuk memboikot kejohanan jemputan empat penjuru itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan