Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 20 Mac 2019

Dewa gokigenyou Luqman!

AKSI Luqman Hakim Shamsudin (kiri) dalam Piala Sanix minggu lalu

AKSI Luqman Hakim Shamsudin (kiri) dalam Piala Sanix minggu lalu memikat lima kelab Liga Jepun.

KUALA LUMPUR 20 Mac - Bukan satu, tetapi lima kelab Liga Jepun (Liga J) kini mengintai penyerang remaja berbakat besar negara, Luqman Hakim Shamsudin.
Apa yang lebih menarik, salah satu daripada pasukan yang berminat mendapatkan penyerang berusia 17 tahun itu beraksi dalam Liga 1 Jepun manakala selebihnya daripada Liga Profesional 2 (J2).
Jika Luqman diterima bermain dalam Liga J, itu bermakna dia akan menjadi pemain kedua negara Hadi Fayyadh beraksi dalam liga tersebut.
Ini kerana ketika Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim Che Hashim bersama Ryukyu FC pada 2013, kelab tersebut beraksi dalam liga Liga Bola Sepak Jepun (JFL), sebuah liga semi profesional dan bukan Liga J. Ryukyu FC mula menyertai Liga J pada 2014.
Perkara tersebut didedahkan Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd., Hiroshi Hamada selepas berakhirnya saingan Piala Sanix 2019 menyaksikan skuad negara menamatkan cabaran di tangga ke 12 daripada 16 pasukan.
Luqman juga berjaya mencipta sejarah apabila dipilih dalam Kesebelasan Utama Terbaik Piala Sanix 2019.
“Saya rasa ini adalah berita baik untuk Luqman Hakim.
“Saya difahamkan ada lima buah pasukan dari pasukan J League yang bertanyakan tentang beliau (1 dari J league 1, 4 dari J league 2). Mereka tertarik dan mahu melihat sendiri prestasi individu dari Luqman.
“Saya akan kumpul semua data dan video prestasi Luqman secara individu untuk diberikan kepada mereka. Apa pun semuanya terpulang kepada Luqman sekiranya dia ingin bermain di sini,” katanya.
Selain itu juga, Hamada memaklumkan bahawa pihaknya bersedia untuk membantu Luqman sekiranya dia ingin mencuba nasib di Jepun sebagaimana Hadi Fayyadh Abdul Razak, yang mendapat bantuan syarikat itu sebelum mendapat tempat di Fagiano Okayama.
“Sekiranya Luqman ingin mencuba nasib di Jepun dengan bermain di Jleague, pihak Yakult Malaysia bersedia membantu beliau dalam urusan di sini sebagaimana yang pernah kami lakukan dalam membantu Hadi Fayyadh.
“Kami bukan ejen, kami hanya membantu mana-mana pemain Malaysia yang berminat dan layak untuk mendapat tempat di sini”, katanya lagi.
Sementara itu, Luqman mengakui, dia bersedia bermain di Jepun jika mendapat tawaran daripada mana-mana pasukan. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan