Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 24 Mac 2019

Jaringan Safawi pastikan Malaysia raih tiga mata

BINTANG muda negara,  Akhyar Rashid melakukan tandukan ke arah

BINTANG muda negara, Akhyar Rashid melakukan tandukan ke arah pintu gol Laos sambil dicabar oleh pertahanan lawan dalam aksi kedua Kumpulan J Kelayakan Piala AFC 2020 di Stadium Shah Alam, malam ini. - IQBAL ROSLI

SHAH ALAM 24 Mac - Skuad Bawah 23 (B-23) negara terpaksa bekerja keras sebelum berjaya menewaskan Laos 1-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan J Kelayakan Kejuaraan AFC B-23 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee perlu berterima kasih dengan jaringan lewat permainan Safawi Rasid yang masuk sebagai pemain gantian berjaya menyempurnakan sepakan bebas dari luar kotak penalti bagi memastikan tiga mata berharga milik pasukan negara.
Tugas berat bakal menanti Malaysia dalam aksi terakhir Kumpulan J apabila mereka bertemu China yang mengungguli kedudukan teratas dengan mengutip enam mata maksimum, malah meledakkan 13 gol, selain tidak dibolosi.
Hanya juara setiap kumpulan akan layak ke pusingan akhir secara automatik diikuti lima pasukan terbaik di tempat kedua dan itu bermakna skuad kendalian Kim Swee perlu menewaskan China di venue sama, Selasa ini bagi memastikan slot automatik menjadi milik pasukan negara.
Kim Swee perlu meningkatkan lagi ketajaman barisan serangan sekiranya berhajat melakar kemenangan ke atas China selain, barisan pertahanan perlu berhati-hati dengan bola hantaran tinggi yang menjadi kelebihan buat lawannya itu.
Satu lagi aksi Kumpulan J menyaksikan China membelasah Filipina 8-0 di venue yang sama di sebelah petang. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan