Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 24 Mac 2019

Faiz teruja selepas gol sulung


PEMAIN tengah Selangor, Faiz Nasir sedia untuk terus menyarung jersi skuad Harimau Malaya sekiranya dipanggil pada masa akan datang.
Bertubuh kecil dengan ketinggian 1.52 meter, Faiz berkata, semangatnya untuk menyumbang bakti kepada pasukan negara tidak luntur meskipun ada yang mempertikaikan saiz fizikalnya.
“Kalau ikutkan saiz saya yang kecil ini ramai orang tidak percaya saya boleh bermain untuk Malaysia. Tapi itu bukan halangan buat saya.
“Jika selepas ini saya dipanggil semula, saya akan bermain,” katanya selepas aksi penentuan tempat ketiga Piala Airmarine di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Pada aksi itu, Faiz, 26, memperkenalkan dirinya kepada peminat bola sepak tanah air dengan menampilkan aksi berkualiti dalam hujan lebat untuk membantu Malaysia menewaskan Afghanistan 2-1.
Lebih manis, jaringannya pada minit ke-44 yang menjadi gol sulungnya bersama skuad kebangsaan membangkitkan semangat pasukan untuk berjuang memburu kemenangan hingga wisel penamat.
Faiz tidak diturunkan jurulatih, Tan Cheng Hoe ketika Malaysia tewas 0-1 kepada Singapura pada aksi separuh akhir, Rabu lalu.
“Memang ada sikit tekanan tapi sebab dah dua minggu berlatih, jadi saya boleh kawal perasaan itu ketika perlawanan. Gol pertama pada aksi pertama, mungkin ia rezeki saya,” jelas Faiz, anak jati Pasir Mas, Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan