Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 28 Mac 2019

FAM, AFC bakal bincang formatB-23


SETIAUSAHA Agung FAM, Stuart Ramalinggam. - NSTP/Owee Ah Chun

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang bantahan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berhubung isu format yang digunakan pada kelayakan Kejuaraan AFC Bawah 23 tahun (B-23).
Sebaliknya badan induk itu sedia untuk mengemukakan cadangan penambahbaikkan kepada AFC dan ia hanya akan dilakukan menerusi saluran yang betul, bukannya dengan cara protes.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalinggam berkata pihaknya memahami situasi yang terpaksa dihadapi badan induk bola sepak Asia malah semua pasukan sudah sedia maklum tentang penggunaan format berkenaan sebelum perlawanan pertama lagi.
"Situasi ini (gagal layak ke pusingan akhir) tidak hanya dihadapi oleh FAM saja tetapi babitkan negara lain juga. Protes tidak menunjukkan semangat kesukanan kerana kita pun sudah tahu format berkenaan sebelum pertandingan lagi.
"Dalam isu ini, sebagai ahli gabungan AFC, kita tahu peranan mereka sebagai badan induk, sama seperti FAM di negara ini. Kami akan bincangkan perkara ini dengan cara dan saluran yang betul," katanya ketika dihubungi.
BH Sukan semalam melaporkan format yang digunakan ketika kelayakan Kejuaraan AFC B-23 meccetus persoalan sehingga ada yang mendakwa ia seakan memberi kelebihan kepada negara yang beraksi di Zon Barat kerana beraksi lebih lewat berbanding di Zon Timur.
Menjawab persoalan itu, Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata pihaknya bersikap terbuka dan sedia menerima sebarang laporan atau pun cadangan daripada ahli gabungannya untuk dibincangkan bersama.
Pada masa sama, Stuart yang pernah berkhidmat bersama AFC turut berkongsi pengalamannya bersama badan induk itu dan menegaskan pelbagai aspek sudah diambil kira sebelum membuat penetapkan terhadap format pertandingan.
"Soal format ini memang susah kerana AFC bukan saja ambil kira cuaca negara tuan rumah, padang malah soal penyiaran juga turut diambil kira. Contohnya kalau perlawanan ditetapkan jam 1 tengahari, ada negara cuacanya terlampau panas dan ada negara terlalu sejuk.
"Seperti kita tahu, Pakistan terpaksa menarik diri saat akhir dan mungkin juga hanya itu saja pilihan yang mereka ada," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan