Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 28 Mac 2019

FAM bincang kerjasama dengan CFA


Hamidin (tiga dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Du Zhaocai ketika kunjungan hormat wakil CFA, baru-baru ini. - Ihsan FAM

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus mengorak langkah ke hadapan apabila mengadakan perbincangan kerjasama dua hala dengan Persatuan Bolasepak China (CFA).
Perbincangan itu berlangsung pada kunjungan hormat CFA yang diwakili pemangku presidennya yang juga Menteri Sukan China, Du Zhaocai bersama Timbalan Setiausaha Agungnya merangkap Pengarah Bahagian Antarabangsa, Roger Luo dan Pengurus Bahagian Antarabangsa, Frank Wei baru-baru ini.
Pada perbincangan itu, FAM diwakili presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin bersama Setiausaha Agung, Stuart Ramalingam dan Naib Presiden, Mohd Joehari Mohd Ayub serta dua ahli jawatankuasa eksekutif badan induk itu, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya dan Md Dali Wahid.
"Antara perkara yang dibincangkan adalah kerjasama dua hala persatuan demi kemajuan bola sepak, pembabitan kerajaan, daerah dan pihak berkuasa tempatan secara langsung selain pelan pembangunan jangka masa panjang negara itu," kata FAM dalam kenyataan, hari ini.
Pada penghujung Januari lalu, FAM sudah mengadakan pertemuan bersama Persatuan Bola Sepak (FA) England di Stadium Wembley, London.
Antara inti pati pertemuan itu adalah mengenai kemungkinan kerjasama jangka panjang antara kedua-dua persatuan yang merangkumi aspek teknikal dan akar umbi, pembangunan pengadil serta tanggungjawab sosial.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan