Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 9 Disember 2018

[VIDEO] Kecoh beli tiket bola di Bukit Jalil

PEMINAT BOLA SEPAK

SALAH seorang peminat bola sepak terpaksa dibantu keluar daripada kesesakan selepas gagal mendapat tiket akibat berlaku insiden kekecohan sebaik kaunter penjualan dibuka di Stadium Nasional Bukit Jalil pagi ini.-UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Ribuan penyokong Harimau Malaya terpaksa berputih mata apabila mereka gagal mendapatkan tiket final pertama Piala AFF di antara Malaysia menentang Vietnam apabila berlakunya ketidakcekapan dalam penjualan tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Kaunter jualan tiket mula dibuka pada pukul 10 pagi bagaimanapun penyokong Malaysia sudah pun mulai beratur seawal 6 pagi semalam dan keadaan semakin buruk apabila tiada penghadang garisan bagi membolehkan mereka beratur dengan teratur.
Sebaik sahaja kaunter tiket mula dibuka, penyokong mula berasak-asak sehingga menyebabkan ada dalam kalangan mereka yang pengsan dan terpaksa diusung keluar oleh orang ramai.
Menurut penyokong Malaysia, Lailatul Maisara Zazali dia sudah melakukan sedaya upayanya untuk mendapatkan tiket final tersebut namun gagal selepas diasak oleh ribuan penyokong yang berada di sekelilingnya.
“Saya datang dari Perak semata-mata ingin mendapatkan tiket perlawanan ini kerana saya ada cuba membelinya secara atas talian namun gagal.
“Tekad untuk mula beratur di stadium seawal pukul 5 petang semalam namun saya gagal untuk membelinya kerana ramai berasak-asak dan saya sudah tidak tahan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Difahamkan sebanyak empat kaunter dibuka di Pintu A namun tidak cukup untuk menampung jumlah kehadiran penyokong yang membanjiri stadium. Dikatakan seramai 30 penyokong pengsan dan ada dalam kalangan mereka diberikan rawatan kecemasan oleh Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Lebih parah lagi apabila ada penyokong wanita yang dipercayai berusia dalam lingkungan 50-an terpaksa diusung keluar selepas tidak sedarkan diri akibat dipijak.
Malaysia akan menentang Vietnam di venue yang sama pada Selasa ini sebelum beraksi di Stadium Nasional My Dinh bagi aksi timbal balik pada 15 Disember ini. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan