FAREEZ Kezam (kiri) menunjukkan hadiah misteri dan baju t-shirt keluaran Captain Premium yang dijual secara dalam talian.-UTUSAN ONLINE
KOTA BHARU 9 Dis. - Syarikat Captain Premium memberikan hadiah ‘misteri’ kepada ‘ekor’ Harimau Malaya yang bertugas sebagai anggota keselamatan yang membeli baju t-shirt keluaran mereka secara dalam talian.
Pengurusnya, Fareez Kezam berkata, hadiah misteri itu bagi menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mereka dalam menjaga keamanan negara.
“Saya membuat keputusan ini selepas terharu dengan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mereka dalam menjaga keselamatan dan keharmonian negara.
“Kami berikan hadiah ini kepada anggota pasukan keselamatan yang beralamat di balai-balai tempat mereka bertugas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ekor Harimau Malaya adalah gelaran yang diberikan penyokong tegar skuad kebangsaan oleh kumpulan, Ultras Malaya.
Fareez memberitahu, pihaknya berharap hadiah tersebut mampu memberikan kegembiraan kepada anggota keselamatan tersebut.
Katanya, baju t-shirt keluaran Captain Premium yang tertera Ekor Harimau Malaya di jual dengan harga RM30 secara dalam talian. -UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan