Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 9 Disember 2018

AFF Suzuki: Lupakan hasrat beli tiket final

bola penyokong

Penyokong yang baru sahaja ingin ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk mendapatkan tiket dinasihatkan tidak berbuat demikian bagi mengelakkan pulang dengan tangan kosong dan rasa kecewa.
KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini meminta peminat bola sepak negara yang berhasrat ke Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini bagi membeli tiket final pertama Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dan Vietnam, agar melupakan hasrat mereka.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Michael Ramalingam berkata, ini kerana selepas mengambil kira barisan penyokong yang beratur sejak malam tadi di kaunter tiket A dan E di stadium itu sudah mengelilingi stadium, kesemua 40,000 tiket yang diperuntukkan hari ini akan habis dijual dalam masa singkat.
"Justeru, FAM sekali lagi berharap tiada lagi tambahan penyokong yang akan hadir ke Stadium Nasional, pagi ini kerana ia hanya akan menyebabkan anda pulang dengan rasa kecewa," katanya  dalam kenyataan di sini.
Katanya, FAM amat menghargai sokongan peminat tempatan terhadap Harimau Malaya pada aksi pertama final berkenaan namun hanya 80,000 keping tiket disediakan.
Untuk rekod, sebanyak 40,000 tiket yang dijual dalam talian pada Jumaat dan semalam, habis dalam masa singkat.
"Bagi penyokong yang sedang beratur di Stadium Nasional ketika ini, saya sedang berbincang dengan pihak polis untuk penyediaan bantuan keselamatan apabila proses penjualan tiket bermula nanti supaya tidak berlaku kekecohan atau sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya.
Beliau memaklumkan, kaunter jualan tiket yang sepatutnya dibuka pukul 10 pagi akan diawalkan kerana FAM prihatin dengan keadaan penyokong yang telah berbaris sejak malam tadi.
Malaysia mencatat keputusan agregat seri 2-2 menentang Thailand pada aksi separuh akhir namun mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.
Vietnam pula menempah tiket ke final setelah mencatat kemenangan agregat 4-2 ke atas Filipina pada satu lagi aksi separuh akhir kejohanan yang menggunakan format timbal balik itu. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan