Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 9 Disember 2018

AFF Suzuki: Peminat kecewa, buat laporan polis

laporan polis bola

Laporan polis yang dibuat tular sejak semalam.
KUALA LUMPUR - Seorang peminat bola sepak Malaysia telah membuat laporan polis terhadap Ticket Hotline atas kegagalan membabitkan penjualan tiket dalam talian untuk perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 antara Harimau Malaya dan Vietnam malam tadi.
Sebanyak 10,000 tiket dalam talian yang diperuntukkan telah habis dijual pada pukul 9.30 pagi semalam hingga mengakibatkan sebahagian besar peminat bola sepak kecewa berikutan perkara sama terjadi pada hari pertama jualan dalam talian sebelum ini.
Gambar laporan polis yang tidak menunjukkan nama pelapor itu telah tular di laman sosial sejak semalam.
"Saya memfailkan laporan polis ini supaya siasatan dapat dilakukan terhadap Tiket Hotline untuk mengetahui sama ada terdapat unsur-unsur penipuan dalam menjual tiket-tiket ini," katanya menerusi laporan yang difailkannya.
Sebagai rekod, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menambah 10,000 tiket lagi untuk dijual secara online bagi aksi final Piala AFF 2018 antara Malaysia dan Vietnam pada Selasa ini selepas 20,000 tiket yang diperuntukkan habis dijual kelmarin.
FAM menerusi laman Facebooknya berkata, kesemua tiket yang diperuntukan habis dijual dalam masa singkat sebaik sahaja Tiket Hotline memulakan jualan setengah jam lebih awal untuk menguji sistem daripada waktu sepatutnya pada pukul 9 pagi.
Justeru, FAM mengambil inisiatif menambah jumlah tiket dalam talian daripada 20,000 keping kepada 30,000 keping. - K! ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan