Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 9 Disember 2018

Sudah sampai masa FAM gunakan sistem pungutan mata untuk penyokong


Setiap kali menjelang perlawanan akhir pasti akan timbul perdebatan ini. Siapa yang layak atau tidak layak ke stadium, penyokong paling ‘true’, bangsa final dan macam-macam lagi. Ini dicampur dengan sistem jualan tiket yang membuatkan ramai berebut untuk mendapatkan tiket.
Sistem jualan tiket sama ada online atau jualan kaunter yang dijalankan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersikap adil, di mana sesiapa pun boleh mendapatkan tiket, tidak kira siapa. Cuma untuk edisi kali ini, FAM turut memberikan keutamaan kepada penyokong Malaysia yang berkunjung ke perlawanan separuh akhir kedua di Bangkok juga.

Melihat perdebatan di antara penyokong ini, mungkin sudah tiba masanya untuk FAM dan juga kelab-kelab di Liga Malaysia menggunakan sistem caps atau mata. Mungkin ada yang memandang sinis perkara ini, tetapi ini sebenarnya akan juga membantu FAM dan FA negeri untuk mendapatkan data mengenai penyokong mereka sendiri.
Seperti Persatuan Bolasepak England (FA), mereka telah memperkenal sistem caps ini untuk penyokong England yang akan memudahkan mereka terutamanya ketika pasukan Three Lions beraksi di kejohanan besar. Bagi penyokong yang menyertai Kelab Penyokong England, mereka akan menerima dua caps untuk setiap perlawanan di laman sendiri atau tempat lawan. Sebelum ini, penyokong menerima dua caps untuk perlawanan di tempat sendiri dan satu caps jika berkunjung ke tempat lawan. Sistem ini sekaligus turut membantu memenuhkan Stadium Wembley ketika perlawanan melibatkan pasukan England. Tiada lagi kejadian stadium kosong di tempat sendiri kerana semua akan berusaha mengumpul caps bagi mendapatkan peluang membeli tiket kejohanan besar.
FAM mungkin boleh mencuba sistem ini untuk kejohanan di masa hadapan. Mungkin untuk Piala AFF Suzuki 2020, tetapi mula mengira caps bermula dari tahun 2019. Pasukan di Liga Super juga boleh melakukan perkara yang sama, tetapi dengan menggunakan cara menjual pas bermusim.
Ini cuma salah satu cadangan yang mungkin boleh diteliti oleh FAM. FAM juga mungkin boleh mengadakan perjumpaan dengan para penyokong untuk mendapatkan idea untuk penambahbaikan di masa hadapan. Ini akan banyak membantu mereka dalam melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan