Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 9 Disember 2018

Ramalan final pertama Piala AFF

Gelagat penyokong Malaysia sebelum perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Asyraf Hamzah
KUALA TERENGGANU: Menjelang perlawanan akhir pertama, Piala AFF 2018 antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa ini, berikut adalah ramalan awal pemimpin, peminat serta pemain bola sepak tempatan.
Walaupun mengharapkan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe mampu menang di laman sendiri sebelum bertandang ke Hanoi pada 15 Disember, majoriti daripada mereka meramalkan Harimau Malaya cuma mampu menang tipis.
Situasi itu dikatakan mungkin berpunca daripada keputusan peringkat kumpulan yang menyaksikan Vietnam menang 2-0 dalam pertembungan di Hanoi.
Ramalan:
Mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman -(Malaysia 2 Vietnam 0)
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah -(Malaysia 2 Vietnam 0)
Pakar Motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad - (Malaysia 2 Vietnam 1)
Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu - (Malaysia 2 Vietnam 1)
Jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim - (Malaysia 1 Vietnam 0)
Jurulatih Negeri Sembilan, Mat Zan Mat Aris - (Malaysia 1 Vietnam 0)
Pemain import Terengganu FC (TFC) dari Kemboja, Thierry Chantha Bin -(Malaysia 1- Vietnam 0)
Artis, Syafiq Farhain Salim - (Malaysia 1 Vietnam 0)
Pemain import TFC dari England, Lee Tuck, - (Malaysia 2 Vietnam 1)
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, - (Malaysia 2, Vietnam 0)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan